Saturday, October 31, 2009

Kisah Beruk Yang Terhempas

Seekorr beruk telah naik memanjat sebatang pokok kelapa. Jauh benar naiknya dia, sampai ke pucuk pokok.

Beruk ini lalu berehat. Tangannya memegang pucuk pokok.

Tiba-tiba, datang angin puting beliung yang dasyat menghentam. Angin itu makin lama makin kuat. Si Beruk lalu terus memegang pucuk kelapa dengan lebih kuat dan ketat.

Puting beliung pun reda... Si beruk terselamat

Tiba-tiba, datang angin taufan yang dasyat dari laut, menghentam beruk yang berpegang di atas pokok itu. Semakin kuat taufan itu, makin kejap dan kemas pegangan beruk itu pada pucuk pokok itu. Kalau terlepas sedikit pegangannya itu, nescaya pasti beruk itu sudah diterbangkan angin puting beliung dan taufan.

Taufan pun reda..Si beruk terselamat lagi

Tiba-tiba, datang angin yang sepoi-sepoi bahasa bertiup. Sejuk dan nyamannya angin itu.

Beruk itu rasa seronok dan selesa. Nyaman sekali, sehingga akhirnya dia tertidur!

Pautan pada pokok terlepas. Si Beruk akhirnya jatuh terhempas.




makin kuat dicoba, sepatutnya semakin kuat kita berpegang,
makin selesa dengan nikmat, semakin longlai kita dibuai

Tuesday, October 13, 2009

Kuasa Dengan Cara Batil

Orang yang tahu pasti akan takut untuk memegangnya. Malangnya, ramai yang tidak tahu. Atau barangkali buat-buat tak tahu. Kerana itu ada yang sanggup mengguna segala macam cara kotor dan keji untuk mencapainya.

Apakah itu? Ia adalah amanah kuasa.

Mengapa dalam persoalan ini kita jarang sekali berhati-hati dan tidak mengambil langkah bejaga-jaga? Klaau dalam soal makanan, kita lihat bagaimana orang kita begitu berjaga-jaga dalam membeza yang halal dan haram. Sehingga barangkali sampai ke satu tahap menjadikan mereka terlalu was-was.

Malang sekali dalam soal memegang kuasa tiadalah mahu mereka berhati-hati seperti itu.

Seseorang yang beriman, apabila dibebankan ke atasnya amanah mentadbir umat, apa yang akan mula-mula terbayang di benaknya sudah pasti kemurkaan Allah yang akan datang bersama pengkhianatan terhadap amanah umat.

Maka berhati-hatilah. Kuasa adalah amanah. Dan apabila amanah itu diambil dengan cara yang batil dan menindas, tunggu sajalah janji Allah yang pasti dan tidak bisa dimungkiri.