Friday, July 31, 2009

Terima Kasih Daun Keladi

Menegur itu dihormati,

kerna itulah bukti sahabat sejati,

sama2 berjuang menuju Ilahi,

agar semua kita sentosa diberkati,

Terima kasih penuh penghargaan di hati,

Kepada yang sudi ingat-mengingati,

Anda memang sahabat sejati

Thursday, July 30, 2009

Kisah Anak Tahanan ISA

Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga.


Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......

Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...

Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....

Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....

7 tahun telah berlalu

Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...

Bagaikan binatang di zoo

Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....

Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.

Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.

Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...

*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah. Dipetik daripada blog merdekareview - azm _

Bijak Macam Kancil

Dipetik dari TukarTiub

Dari semenjak agama muncul -
agama telah digunakan sebagai helah dan hujah untuk menundukkan
kaum tani dan kaum buruh dari bangun menentang kezaliman.

Di Zaman Pertengahan Eropah Gereja telah bersubahat dengan kaum
feudal untuk merampas tanah dan tanaman kaum tani.

Di zaman kolonial agama telah digunakan untuk merampas tanah dan bumi
di Asia - Afrika dan Amerika Latin.

Mak Cik Nih Tak Faham Ka???

HARAM ANJUR SERTAI SERTAI DEMONSTRASI JALANAN – berita hairan

KUALA LUMPUR: Islam mengharamkan umatnya menganjur atau menyertai aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan negara seperti perhimpunan haram bagi mendesak kerajaan menghapuskan dan mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu ini.

Pelbagai pihak termasuk menteri berkaitan, mufti dan ulama menyifatkan berdosa bagi mereka yang terbabit secara langsung dalam perhimpunan itu kerana jelas bertentangan dengan Islam kerana boleh mencetuskan ketegangan dan huru-hara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mashitah Ibrahim, berkata Islam tidak menggalakkan mana-mana umatnya untuk menyertai dan menganjurkan majlis yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat.

Sementara itu, Mufti Perak, Harussani Zakaria, berkata jika perhimpunan yang boleh mendatangkan huru hara, maka adalah haram mana-mana pihak untuk menyertainya apatah lagi perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.




mak cik! ooo mak cik! ade lagi rupeny...

paham ke dak???

Rakyat mintak fatwa ISA!

yang pigi bagi fatwa demonstrasi nih pasal apa?

nih yang mengelabah melalut tak tentu arah ni menda apa?

mak cik..mak cik..mak cik nih dah mula meghaban ni kenapa?

Tang nih cepat plak fatwa keluar

Wednesday, July 29, 2009

Zalim!!!

Jangan Biar Hamba Ternanti-Nanti - Lagu Masyuuuk Terbaru

Hamba mewakilkan suara rakyat yang ternanti-nanti,

Akan fatwa para Mufti yang dihormati lagi dikasihi,

Tentang Perihal ISA yang mengunci mati,

Para pejuang ditangkap tidak diadili,

Anak bini terbiar tergantung tak bertali,

Sekolah tercicir tak kenal ABC,

Kasihanilah mereka jangan dizalimi,

Siapa yang zalim balasan ALLAH menanti






korus* aku suka makan kari
makan kari di tengah hari
kari ayam sedap sekali
tapi dah lama tak makan kari
takda duit nak pergi beli
kerna ayah ku ditangkap lalu digari(ulang 3 kali )

ASAP! Fatwa Diperlukan! Kahkahkah

MAJLIS FATWA KEBANGSAAN KENA KELUARKAN FATWA ISA

Disiarkan pada Julai 28, 2009

Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa mengenai ISA. Ini kerana isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama. Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa. Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan.

Penilaian adil perlu untuk panduan kerajaan. Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas. Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum.

Hari ini rakyat berbagai pendapat tentang ISA, berikan pandangan para mufti pula. Masakan mungkin mereka tidak peka, sedangkan semua rakyat berbicara. Saya secara peribadi semasa menjadi mufti telah mengeluarkan pandangan dalam Bulan Ramadhan lepas di Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur dan berbagai tempat. Media tempatan telah berulang kali menyiarkannya. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.

Monday, July 27, 2009

1 Ogos nanti tak perlu mandi


klik pada gambar bagi siapa yang rabun



ini sangat kelakar

macamana buleh bertembung nih?

dah kene lah tu, ada 2 grup

satu pro satu anti

ni bertembung-tembung ni pasal apa?

nak berpeluk-peluk ke?

hahahahahaha

Peringatan. para peserta demo diminta membawa payung dan baju hujan bersama unuk mengelak dari semburan air FRU


*besarlah kiranya harapan patik pada pihak Istana Negara untuk tolong menyediakan juadah ringan berupa mee hoon dan teh o beng panas. Patik khuatir lagi bimbang dengan peserta yang mungkin kelaparan dek kerana keletihan dikejar FRU dan cotanya.

Saturday, July 25, 2009

Pelajar UiTM, Sila Ambil Perhatian.

UiTM Shah Alam ditutup

Ada orang terkantoi H1N1

Para pelajar tolong beri perhatian

Balik ke kampung dan buat pemeriksaan

Thursday, July 23, 2009

Kenapa Diam? Hilang Suara ka? Ke dah kene sumbat?kahkahkah

Hah? Sudah lama tak update?

Pengecut ka?

Hilang idea ka?

kahkah

2 minggu ini kelas terlalu padat

tahun 2 perubatan amat sibuk

Sukan Antara Fakulti sudah dekat

Training...

Rileks..Wa update nanti!

Tu pun kalu ada nak baca! kahkahkahkah

Monday, July 13, 2009

Jemputan Untuk Mat Kool



warga Malaysia dijemput hadir

Mat kool, Mat Rock, Mat Belia, Mat Dangdut dijemput sama

Orang muda mari beraamai-ramai

Jangan malas berfikir

*ada orang takut bila tengok gambo 2 figura kat atas tu

dia kata, "U nih penyokong pembangkang ke Pis?"

kahkahkahkah

ini yang lawak!

tak kool betul lah!
hahahahaha

Wednesday, July 8, 2009

Chain of Hatred - nak tau apekebenda nih sila rujuk kamus PPSMI

Dulu di MRSM, bila dengar sahaja senior minta berkumpul di surau, kami sudah menagak apa tujuannya. 5 tahun di MRSM, memang sudah masak benar dengan budaya senior.

Ini mesti panggil sebab tak puas hati!

Entah, selalunya bila sudah jadi senior, ada junior di bawah, ramai yang akan berubah sikap. Ramai akan mula menunjuk belang. Ramai akan mula berlagak hebat.

semut sudah jadi kerengga
cacing sudah jadi naga
kaldai sudah jadi kuda

Kadang-kadang hanya kerana hal kecil sahaja pun sudah menimbulkan rasa marah. Konon junior tak menghormati senior. Rasa megah bila sudah jadi senior. Yang dulunya senyap tiba2 jadi lantang memarahi junior.

Ngoooookkk!

Kalau senior pun potong baris semasa mengambil makanan di Dewan makan, macamana junior hendak hormat.

Kemudian, bila junior itu menjadi senior, mereka akan melakukan perkara yang sama kepada junior yang lain. Dengan alasan, "Dulu kitorng pun kena jugak dengan senior. Rileks lah!".

Rileks? Oit! Rileks tu apa? Cakap bahasa Melayu lah! Rileks tu bahasa apa?

sori la..kami bukan generasi PPSMI. kurang pandai berbahasa Inggeris. kahkahkah!

kahkahkahkahkah!


*selamat datang kepada pelajar baru kursus perubatan! jangan risau! senior2 anda di sini semuanya baik2 belaka InsyaALLAH!

Thursday, July 2, 2009

Ah Gong Dah Jalan? Apa buley buat..

entry ini lanjutan dari post sebelum ini

Saya: Atok. Atok tau tak Ah Gong dah mati?"

Atok: "Haa? Ah Gong dah jalan? dah jalan dah..Apa buley buat..."

*jalan = padam = mati

Ah Gong dan Atok memang kenalan rapat. Atok sewaktu sehat dahulu memang selalu ke kedai runcit Ah Gong. Biasanya untuk membeli jagung untuk makanan ayam di rumah.

Sekarang Ah Gong sudah padam. Patutlah asap dan kertas dibakar sebelah kedainya.

Pernah dulu Atok tertinggal jagung yang dibeli. Duit sudah dibayar tetapi jagungnya tertinggal di atas meja 'cashier'. Terus saja naik ke motor.

Saya sudah tersedia duduk di atas bakul motor Atok waktu itu.

Atok terus hidupkan enjin motor. Tiba2 Ah Gong begegas sambil berteriak.

"Lailahaillallah! Hj Embi! Ini jagung tertinggal!"

Saya terkejut bertambah kelakar mendengar teriakan Ah Gong. Harap-harap dia faham apa yang diucapkan. Semoga hidayah Allah sempat menerpa hati Ah Gong.

Keluarga Ah Gong pun begitu mesra. Malah, salah seorang ahli keluarganya turut berkhatan.

Sebenarnya, 'terpaksa' berkhatan.

Semuanya berlaku kerana tercedera semasa bermain upih pinang.

Sehelai Bulu Roma Orang Cinapun Tak Gugur!

“Wah Wahid! Lu apa kabar?”

“Sehat..Waa! Ini bawak cucu makan ka?


“Kahkah! Biasa lah!”

Ini perbualan 2 orang tua. Lokasinya di warung yang boleh baca harakah (baca post sebelum ini kalau tak faham). Wahid yang berkopiah serta berserban berbual sambil bertepuk bahu dengan seorang apek Cina berseluar pendek katok. Saya kurang kenal apek Cina itu tapi selalu dia makan2 di situ.

Ini hidup orang dahulu.

Saya teringat satu wawancara dengan Dr A Farish Noor. Beliau berpendapat bahawa hubungan antara kaum pada zaman ‘pre-independence’ jauh lebih baik dari hubungan antara kaum pada zaman sekarang.

Saya bersetuju dengan pendpat beliau.

Entah mengapa ramai antara orang Melayu dan Cina pada zaman ini saling bersangka buruk. Saya tidak menolak bahawa memang ada orang Cina yang menganiaya orang Melayu. Tapi, apa bezanya dengan Melayu yang merampas tanah milik bangsanya sendiri kemudian dijual kepada Towkey Cina di Singapura? Malah ada yang merampas kontrak milik orang lain. Yang pastinya, pasti ada wang rasuah di bawahnya.

Eh, silap! Mana ada rasuah! Duit kopilah!

Eh, tak betul.. Politik wang lah! Mana ada rasuah..

Ada juga yang menjual Bukit untuk dijadikan pusat perjudian yang memang terkenal di Malaysia. Siapa pernah ke sana tahulah! Tak mahu cakap banyak!

Mungkin prasangka ini diburukkan lagi dengan terjadinya 13 Mei.

Yang menariknya mengenai 13 Mei ialah ungkapan yang diucap oleh Tok Guru Nik Aziz. “ Sehelai bulu roma orang Cina pun tak gugur di Kelanatan semasa 13 Mei!”.

Ini fakta. Dalam banyak-banyak negeri, Kelantan ialah negeri di mana tiada berlakunya pergaduhan antara kaum.

Datuk Asri Muda, MB ketika itu dengan bijaknya berjaya memadamkan api pergaduhan yang cuba disemai oleh sekumpulan pemuda yang berkobar-kobar api assabiyahnya.

Kumpulan pemuda itu akhirnya dijamu dengan Nasi Lemak dan Mee Hoon oleh Datuk Asri di kediamannya!
Powered By Blogger