Thursday, December 17, 2009

MJ BAGI SURAT, SEBELUM MENINGGAL

Benda Biasa - Tak Payah Letak Di Surat Khabar pun orang boleh tahu

Sidang iklim buntu isu gas rumah hijau



POLIS pencegah rusuhan Denmark menggari aktivis 'Reclaim the Power' yang cuba masuk ke bilik sidang iklim di Copenhagen, semalam.

Penunjuk perasaan cuba rempuh dewan mesyuarat

COPENHAGEN: Polis Denmark menggunakan semburan lada dan membelasah penunjuk perasaan dengan belantan di pekarangan luar sidang iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, selepas mereka cuba merempuh masuk dewan persidangan.

Suasana dalam dewan pula menyaksikan perwakilan gagal menyelesaikan isu utama yang berbangkit, walaupun pemimpin dunia berharap untuk menandatangani perjanjian bersejarah mengenai pemanasan global esok. Di tengah-tengah kekecohan dan kebuntuan itu, bekas Menteri Iklim Denmark, Connie Hedegaard pula meletakkan jawatan sebagai pengerusi persidangan, sekali gus menyerahkan peranan berkenaan kepada Perdana Menteri, Lars Loekke Rasmussen mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri 115 pemimpin dunia itu.

Beratus-ratus penunjuk perasaan cuba mengganggu persidangan 193 negara itu, tindakan terakhir mereka sejak tunjuk perasaan yang diadakan selama beberapa hari bagi mendesak apa yang disifatkan mereka sebagai 'keadilan iklim.'

Menurut polis, sehingga semalam kira-kira 230 penunjuk perasaan ditahan. Di dewan konvensyen Cavernous Bella, perunding yang membincang isu utama sehingga sebelum subuh tidak mencapai sebarang ketetapan baru bagi mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau termasuk pembiayaan negara miskin bagi menangani perubahan iklim yang semakin ketara.

"Saya kesal untuk melaporkan bahawa kami tidak dapat mencapai sebarang persetujuan," kata John Ashe dari Antigua, pengerusi salah satu kumpulan perunding, dalam laporan kepada persidangan.

Dalam perbincangan semalaman itu, perwakilan Amerika Syarikat membantah cadangan teks yang dianggap boleh mengikat Amerika supaya mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau, sebelum Kongres setuju bertindak mengikut undang-undang yang diperlukan.

Sebagai contoh, wakil Amerika mahukan perkataan 'shall' (akan) digantikan dengan 'should' (sepatutnya). Beratus-ratus penunjuk perasaan berarak di luar Cavernous Bella sambil dikawal anggota polis antirusuhan yang melindungi persidangan. Ada penunjuk perasaan menyatakan mereka ingin mengambil alih persidangan global itu dan menjadikannya 'perhimpunan rakyat.'

Gambar televisyen menunjukkan seorang lelaki ditolak dari bumbung van polis dan dipukul anggota keselamatan.

Selepas sembilan hari rundingan itu dijalankan secara tidak produktif, perwakilan peringkat bawah semalam menamatkan fasa pertama dalam sidang dua minggu itu, dan menyerahkannya kepada menteri alam sekitar untuk perundingan fasa kedua. - AP

Powered By Blogger