Thursday, June 18, 2009
Kerja Bodoh, Perangai Huduh - Islam Makin Jauh Dari Fikrah Melayu
Pepagian menghantar adik-adik ke sekolah adalah satu rutin harian di rumah. Seumpama seorang 'drebar', ke mana disuruh, di situ saya pergi. Jalan-jalan ke sekolah pula sibuk dengan kereta dan bas sekolah, menjadikan itu satu pekerjaan yang saya agak berat untuk melakukannya.
Kerap, selepas menyelesaikan urusan rutin seorang 'drebar', saya singgah di warung kampung. Orang-orang tua memang ramai di situ. Cina, Melayu, Mat Indon, sama-sama makan harmoni sambil melayan udara pagi yang sejuk. Udara yang selalu saja menjadi ranataian paling kuat menghalang untuk ke Masjid berjemaah Subuh.
Jika hari cuti, saya akan ke warung dengan ayah. Ayah pula setiap kali ke warung, pasti dibawanya akhbar sekali. Itu tak menjadi masalah. Berita Hairan ataupun Utusan Meloya tidak mengapa.
Masalah cuma timbul bila Ayah membawa sekali akhbar 'Harakah'.
Saya bukan seorang ahli Pas. Ayah pula memang tegar perjuangan PASnya. Dan kekadang selalu terjadi perdebatan antara ayah dan saya setiap kali saya mengkritik beberapa dasar PAS yang saya rasa kurang sesuai dengan 'jenama' Islam yang dibawa. Jadi perjalanan kami di dalam kereta jarang sunyi atau menjadi perjalanan yang mengantukkan biji mata.
Oh, apa dia massalah yang saya maksudkan itu?
Masalahnya, bila saya ingin membawa sekali Harakah keluar dari kereta, pasti Ayah menegur.
"Jangan! Tu tempat orang **** yang 'berdentinnng' (berdentinnnnng maksudnya tegar). Kang tak pasal-pasal kang," kata Ayah. Bimbang nanti dipandang serong oleh mereka yang sedang minum-minum, saya tinggalkan saja Harakah dalam kereta.
Ada warung penuh dengan orang Umno. Ada warung penuh dengan orang PAS. Ada warung sama penuh. Ada juga 'warung' untuk kaki dangdut, khususnya Melayu. Itu di Semabok.
Ayah tidak menyukai perpecahan yang semacam rupa.
Jadi, untuk membaca Harakah, ada warung lain.
Politik kampung tidak sama dengan di bandar. Di bandar, masyarakat ramai yang sudah berpandangan jauh. Punyai akal yang lebih intelek corak pemikirannya.
Di kampung, politiknya lebih sukar dan kompleks sebenarnya. Politik kampung ialah politik perpecahan. Bukan politik mencetus perpaduan. Orang kampung ramai yang mudah dibeli. Ramai yang lebih rela jadi kuli 'duit'.
Bunyi 'kaa ciing!' lebih mendodoikan dari seruan Azan mengajak berkumpul di masjid menghadap Yang Esa. Pernah saya tulis tentang ini. Cerita pasal duit dan kain batik.
Belum lagi bila dikatakan perebutan jawatan ahli jawatankuasa masjid. Bagi hamba-hamba politik, Masjid merupakan medan terbaik menaikkan pengaruh. Untung-untung nanti dipilih jadi ahli JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung).
Atuk saya biasa menyebut JKKKKKKKKKKK... Sengaja dipanjangkan huruf K itu, dengan niat memperli.
Kalau pandai melobi diri, boleh jadi pengganti YB sekarang.
Masakan tidak. Sewaktu kelas agama, amat sukar sekali kita nampak wajah-wajah ini. Wajah-wajah pura-pura suci ini cuma muncul di kala musim pemilihan mesyuarat agung masjid.
Orang ini sewaktu solat berjemaah kita tidak nampak batang hidung mancung tapi tidak 'hensem' mereka. Kita akan nampak kain pelikat mereka 'mengerbang' di masjid sewaktu ahli baru AJK masjid akan dilantik.
Di masjid, satu saja jawatan yang orang ramai malas hendak merebutnya. Sebenarnya inilah jawatan paling bernilai. Jawatan ini tidak memerlukan seseorang itu untuk melobi, apatah lagi mengadakan kenduri kendara atau menghadiahkan t shirt percuma.
Jawatan itu ialah jawatan menjadi 'MAKMUM'. Entah, orang tidak ingin merebutkan yang ini. Hairan.
Thursday, May 28, 2009
Riba dan Hukum-Hakam Kapitalisme
Nilai baik atau jahat lahir daripada akal manusia.
Madame Marie Curie menemui radium dan menemui cahaya X dalam uranium. Dia juga menemui hukum-hakam uranium. Ciri dan watak uranium tidak pernah berubah.
Apabila ditemui ciri dan hukum-hakam uranium, maka akal manusia jugalah yang cuba mengubah hukum-hakam ini sehingga melahirkan bom atom.
Kajian hukum-hakam algebra dan ilmu bintang oleh al-Khwarizmi di Baitul Hikmah, Baghdad di zaman Khalifah Al-Mamun berkembang hingga ke hari ini.
Hukum ilmu bintang ini berkecuali – hanya kuasa imperial Anglo-Amerika yang menggunakan hukum ini untuk kebejatan dengan meletakkan senjata di atas langit.
Kapitalisme juga bergerak mengikut hukum-hakam. Hukum pertama kapitalisme ialah: untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Hukum ini tidak akan beralih-alih.
Sama ada kapitalis ini Majusi, Yahudi, Nasrani atau Islam – hukum kapitalis tetap sama.
Kapitalisme juga bergerak melalui hutang. Sistem kapitalisme akan runtuh jika hutang dan riba tidak wujud. Kepala jahat yang melahirkan hutang dan riba ini ialah bank.
Justeru kita wajib memahami bagaimana bank mula bergerak untuk mendapat keuntungan maksimum.
Sebelum kemunculan bank – di zaman kapitalisma kaum pedagang - emas adalah tukaran. Justeru, jika kita menyemak Sejarah Melayu, kita akan terbaca ufti yang dibayar kepada Raja Siam berbentuk Bunga Emas.
Kita juga terbaca perkataan perak sebagai wang. Jika melawat musium, kita akan akan dapat melihat mata wang lama Alam Melayu – emas dan perak.
Para saudagar yang berniaga akan mengupah tukang emas untuk membuat kepingan emas dan perak ini sebagai tukaran membeli-belah.
Saudagar akan meninggalkan emas dan perak untuk disimpan ke dalam peti besi tuan kedai. Kepingan emas dan perak ini dijaga rapi. Sebagai tandanya, tuan kedai akan menulis di atas kertas jumlah emas yang tersimpan.
Kertas ini cukup berharga. Sesekali si saudagar akan datang melihat emasnya yang tersimpan.
Tuan kedai emas melihat bahawa surat yang ditulisnya telah diyakini umum. Keyakinan ini datang kerana tuan kedai bukan hanya menyimpan untuk seorang saudagar tetapi berbelas-belas.
Jika ada si saudagar atau sesiapa yang datang untuk melihat emasnya, tuan kedai akan memperlihatkan emas-emas kepunyaan saudagar yang lain. Keyakinan bertambah.
Dari sini hukum kapitalisme bergerak lagi. Contohnya, tuan kedai menyimpan 100 keping emas yang dimiliki saudagar Buluh Kasap. Jika disimpan, maka nilainya tidak bertambah.
Justeru tuan kedai telah menulis 200 keping kertas untuk Buluh Kasap. Ertinya, ada seratus keping kertas lebih daripada 100 keping emas. Lebihan kertas ni menjadikan modal saudagar Buluh Kasap bertambah satu kali ganda.
Kertas yang ditulis oleh tuan kedai ini diuar-uarkan sama dengan nilai emas yang tersimpan dalam peti besi tuan kedai - inilah asal-usul duit kertas atau bank note.
Daripada pengalamannya, tuan kedai tahu bahawa para saudagar ini tidak semuanya akan datang serentak untuk melihat emas simpanan masing-masing. Justeru, dia boleh memutarbelitkan jumlah kepingan emas yang disimpan.
Hukum keuntungan maksimum sistem kapitalis bergerak lagi. Kali ini tuan kedai bukan lagi mengeluarkan kertas kepada si penyimpan emas sahaja tetapi telah berani menjual kertas ini kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar untuk digunakan sebagai modal.
Kertas yang dijual ini pastilah telah melebihi daripada jumlah emas yang tersimpan. Perkara ini tidak diketahui umum kerana tuan kedai menyimpan emasnya secara rashia - konon untuk menjaga kestabilan suasana perniagaan.
Tuan kedai emas menjadi kaya dengan menjual kertas kosong yang tidak berasaskan emas. Justeru inilah asal-usul bank dalam sistem kapitalisme. Amat jelas bank bermula dengan pembohongan.
Pembohongan ini menjadi kukuh kerana adanya keyakinan daripada orang ramai. Mereka yakin kerana melihat ramai saudagar telah menyimpan emas dengan tuan kedai.
Tuan kedai emas ini juga dilihat hebat di kalangan masyarakat kerana memiliki rumah besar, isteri gemuk, makanan sedap, ada babu dan pengawal peribadi.
Tuan kedai emas ini akhirnya menjadi pemilik bank. Gejala ini berlaku 500 tahun dahulu. Jika kita membaca karya Shakespeare, kita akan bertemu dengan si Mamat yang bernama Shylock tuan peminjam wang di kota Venice.
Shylock ini watak pemilik bank 500 tahun dahulu. Hari ini watak, hukum-hakam dan ciri-ciri seorang pemilik bank tidak pernah berubah. Hutang wajib dibayar. Jika tidak, daging seketul wajib diagihkan.
Hari ini, 500 tahun kemudian, asas hukum perbankan tidak pernah berubah tetapi cara pengendalian lebih tersusun.
Umum selalu bertanya dari mana datangnya wang. Jawabnya: yang mencetak wang ialah bank. Caranya tidak jauh bezanya daripada amalan tuan kedai emas dahulu.
Contoh: Ada sebuah bank bernama Bank Buluh Kasap yang memiliki modal sebanyak 100 ringgit. Bank ini mendapat pelanggan 10 orang yang menyimpan 100 ringgit seorang.
Ertinya bank ini ada 1100 ringgit. Bank ini kemudian memberi pinjaman kepada 10 pelanggan baru. Setiap pelanggan dipinjamkan 200 ringgit. Lihat silap mata!
Dari 100 ringgit modal asal, kini menjadi 2100 ringgit.
Bank ini sebenarnya tidak memberikan pinjaman duit tetapi kredit. Tidak ada duit bertukar tangan - ini duit atas angin. Tuan punya bank seperti tuan kedai emas tahu bahawa tidak semua pelanggan akan datang serentak untuk mengeluarkan duit simpanan.
Bank memungut bunga dan riba – yang dipanggil untung. Duit bunga ini akan terus dipusingkan untuk dipinjamkan lagi. Ertinya duit dalam sistem ekonomi kapitalis lahir daripada hutang dan bunga.
Beginilah yang telah dilakukan oleh semua bank. Inilah caranya bagaimana duit muncul dalam pasaran. Sistem bank dalam ekonomi kapitalis bergerak mengikut hukum ini.
Dalam masa yang sama, si peminjam diminta memberi cagaran – amalan ini untuk menjamin keuntungan kepada bank. Jika si pelanggan gagal membayar hutang, maka cagaran akan terlupus.
Harus difahami bahawa bank membuat duit bukan melalui cagaran. Bank membuat duit dengan memberi orang berhutang. Cagaran hanya mainan silap mata untuk melahirkan keyakinan.
Katakan pada hari Rabu minggu hadapan, semua pelanggan Bank Buluh Kasap ingin mengeluarkan duit - maka tertonggeng dan terkangkang Bank Buluh Kasap!
Tidak ada duit sebenarnya dalam bank itu. Yang berpusing-pusing hanya kertas. Tertongeng dan terkangkang inilah yang sedang kita hadapi semenjak September 2008.
Bank Northern Rock di Scotland tertonggeng apabila semua penyimpan datang beratur untuk meminta wang simpanan mereka - permulaan hilangnya keyakinan orang ramai terhadap bank.
Orang ramai tidak yakin bahawa duit mereka akan selamat. Apabila orang ramai hilang keyakinan, maka silap mata bank akan kantoi. Orang ramai akan berbondong-bondong datang untuk mengeluarkan duit mereka.
Bank yang pandai main silap mata kini tidak dapat melakukan apa-apa melainkan mengaku diri mereka bankrap - inilah yang sedang berlaku sekarang.
Selama 30 tahun yang lalu, pelbagai bentuk mainan silap mata telah dilakukan oleh bank. Pemilik-pemilik ban ini telah mempengaruhi para ahli politik untuk melupuskan pelbagai larangan dan rintangan.
Mereka memungut riba dan mengumpul harta. Dengan harta kekayaan yang terkumpul hasil daripada memakan riba, para pemilik bank telah memberi sumbangan kepada politikus.
Persekongkolan ini cukup intim. Para pemilik bank ini tidak pernah muncul di khalayak umum. Tetapi kepentingan mereka terjamin melalui para politikus yang akan bersuara menjaga kepentingan mereka.
Pada 2009, banyak bank telah muflis. Lalu timbul persoalan. Ke mana perginya duit-duit ini? Harta kekayaan tidak hilang, ia hanya bertukar tangan. Duit ringgit milik orang ramai yang tersimpan di bank telah dijadikan modal untuk membuat lebih banyak untung.
Keuntungan ini disimpan. Penyimpan duit di bank boleh jatuh muflis, bank boleh diistihar bankrup tetapi tuan empunya bank tidak pernah bankrup.
Ada pelangan akan kalah judi di Genting tetapi syarikat Lim Goh Tong sampai sekarang tidak juga bankrup - ini juga hukum sistem kapitalis.
Wednesday, May 27, 2009
Ulama dan Professional : berpecah?
Secara peribadi, saya agak terkejut bilamana secara tiba-tiba akhbar-akhbar arus perdana menjadi begitu berminat untuk membuat liputan tentang Muktamar Parti PAS itu. Mungkin ini disebabkan pengaruh PAS yang semakin berpengaruh dalam mencorakkan suasana politik di Malaysia.
Tapi, mengapa isu ini perlu digembar-gemburkan? Ini satu kehairanan kerana pemecahan ulama dan professional tiada tempat langsung dalam prinsip-prinsip kesempurnaan Islam.
Kemudian saya ingin bertanya lagi. Apa bezanya Ulama dan Professional? Di zaman-zaman kegemilangan Islam sebelum ini, adalah amat jelas untuk kita perhatikan bahawa hubungan yang rapat antara golongan-golongan agamawan dan sarjana-sarjana silam banyak membantu mengekalkan keutuhan empayar ketika itu.
Malah, professional pada zaman itu bukan hanya pakar dalam bidang kajian mereka sahaja, malah mereka turut terkenal sebagai antara individu yang pakar dalam bidang agama. Ulama-ulama mereka juga mahir dalam ilmu falak dan astronomi.
Pengasingan antara professional dan ulama ini sebenarnya adalah salah satu manifestasi dari prinsip sekular yang mengasingkan agama dari keperluan duniawi. Bagi para pemuja ideology sekular, agama tidak ada tempat langsung dalam aspek nilai-nilai kehidupan. Agama hanya candu bagi mereka-mereka yang putus asa dengan suasana dunia yang semakin mencabar.
Agama hanya menyusahkan mereka dengan pelbagai hukum-hakam yang mereka kira hanya menyekat kebebasan hidup bersosial . Itulah sebenarnya berlaku apabila status Turki ditukar dari negara yang mengamalkan system khilafah berteraskan Islam kepada Republik Sekular yang berkiblatkan Barat. Mustafa Kamal Attaturk dengan bantuan British dan kuasa-kuasa besar lain telah berjaya mempengaruhi rakyat-rakyat Turki untuk menolak campur tangan Islam dalam aspek pemerintahan, kemasyarakatan, dan social hingga pada zaman itu, system khilafah dianggap oleh kebanyakan rakyat sebagai satu bentuk pemerintahan ala ‘kuku besi’. Di akhirnya, mereka sendiri yang menyesal dengan keputusan mereka.
Ulama dan professional tidak sepatutnya dipisahkan. Kedua-dua golongan inilah yang sepatutnya menjadi tonggak akar dalam memastikan kestabilan negara. Professional merancang pembangunan negara dengan ilmu mereka manakala ulama bertanggungjawab untuk memandu pelaksanaan pembangunan agar selari dengan Islam. Islam itu fitrah jadi apabila pembangunan tidak selari dengan fitrah maka pembangunan itu akan gagal melahirkan manusia yang benar-benar berjiwa insan.
Jika individu professional itu punyai asas agama yang kukuh serta fikrah perjuangan yang berlandaskan Islam, maka adalah tidak menjadi kesalahan kepada mereka untuk menjadi pemimpin. Adakah hanya kerana seseorang itu tidak punya latar belakang dari Al-Azhaar atau tidak pernah bersekolah pondok, maka itu bermakna mereka tidak punya kapasiti untuk memimpin kesatuan negara Islam? Bukankah dalam Islam, adanya Majlis Syura yang terdiri daripada alim ulamak yang akan menjadi ‘check and balance’ bagi pemerintah?
Ulama dan professional, kedua-duanya adalah golongan yang ALLAH berikan nikmat ilmu dan akal fikiran yang cerdas buat memimpin umat yang semakin ketandusan nilai-nilai insaniah. Seharusnya kedua-dua golongan ini tidak diasing atau dibezakan antara satu sama lain. Perlu ada satu kesepakatan dan persefahaman yang harus dikukuhkan lagi jalinannya. Janganlah kerana termakan dengan fitnah sesetengah golongan yang memang selesa melihat professional dan ulama berbalah, kalian lupakan dan biarkan umat ini terkontang-kanting melihat kalian saling menegakkan benang yang basah.
Pihak media juga tidak seharusnya menjadi punca penyebaran bibit-bibit perpecahan ini. Cukuplah dengan gossip-gosip melampau kalian dalam bidang hiburan. Janganlah kalian sebarkan lagi budaya tidak sihat seperti ini. Seronok ke sebarkan cerita orang lain? Seronok? Banyak ke pembaca yang dapat kalian kumpulkan? Banyaklah ye keuntungan yang kalian dapat, betul?
*kawe sangat kecewa dengan media di Malaysia..sangat-sangat kecewa...
Tuesday, May 26, 2009
Dalang Kejatuhan Ekonomi Dunia
Akhirnya kerajaan mengakui bahawa negara kita sedang berhadapan dengan satu malapetaka ekonomi. Malapetaka ini bukan muncul dengan tiba-tiba.
Ia adalah hasil projek ekonomi yang telah dimulakan dari zaman presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan dan perdana menteri Britain, Margaret Thatcher – 25 tahun dahulu. Dasar ekonomi ini dinamakan globalisasi dan penswastaan.
Penswastaan diajukan oleh pemilik-pemilik bank di Wall Street dan City of London pada awal 1980-an dahulu. Kaum pemodal syarikat multinasional dan tuan empunya bank melalui dasar penswataan merancang satu strategi untuk membolot semua harta kakayaan dalam dunia ini.
Justeru penswastaan dikahwinkan dengan dasar globalisasi.
Dasar penswastaan ini dijual oleh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kepada negara-negara Asia, Afrika dan Latin Amerika. Pelbagai bentuk ganjaran dan tekanan telah diberikan oleh dua badan besar ini agar dasar penswastaan dan globalisasi ini diterima.
Maka muncullah ayat-ayat klise – dunia tanpa sempadan – dan pelbagai mantra yang karut-marut untuk melalaikan dan memerangkap warga dunia ketiga.
Apabila beruk melihat, maka beruk pun meniru. Justeru pada 1980-an dan 1990-an, dasar penswastaan ini ditiru bulat-bulat. Air, elektrik, penerbangan, hospital, jalan raya, sistem kumbahan, universiti dan pelbagai harta negara telah diswastakan.
Maka berbondong- bondonglah harta negara jatuh ke tangan individu atau syarikat individu.
Maka semakin dikenali perkataan-perkataan seperti pink form dan EPU (Unit Perancang Ekonomi) – yang dilihat sebagai mesin ATM untuk kroni-kroni.
Harta yang dimodalkan, didirikan dan dikendalikan oleh negara mula diagih-agihkan kepada kroni, anak bini dan kaum keluarga.
Globalisasi, penswastaan dan ekonomi terbuka hanyalah tipu helah IMF dan Bank Dunia. Dibelakang IMF dan Bank Dunia ini adalah tuan-tuan punya bank dan kaum pemodal Anglo-Amerika.
Sebenarnya dasar penswastaan dan globaisasi ini adalah dasar penjajahan bentuk baru. Ia merupakan sistem kolonialisma yang lebih licik dan lebih tersusun.
Melalui penswastaan dan globalisasi ini, wujud satu empayar baru yang bernama Pax Americana. Sama seperti empayar Pax Romana dan Pax Britannia – empayar baru ini memiliki tanah-tanah jajahan di seluruh dunia.
Perjanjian perniagaan dibuat, pasaran dibuka. Perjanjian ketenteraan diikat – pengkalan tentera darat, udara dan laut didirikan. Gedebe dan kaki-kaki busuk Asia, Afrika dan Amerika Latin – ramai yang bersedia bekerjasama untuk menjadi budak suruhan Pax Americana.
Sekali-sekala pemimpin negara dunia ketiga ini akan naik syahwat apabila diterima mengadap ke Rumah Putih. Jangan lupa bagaimana seorang 'orang penting' telah merasuah tukang lobi di Washington DC agar dapat masuk ke Rumah Putih untuk "mencium" tangan George W Bush pada 2002.
Melalui dasar penswataan dan ekonomi terbuka, modal Anglo-Amerika mula menerobos masuk. Modal-modal ini mula membeli harta-harta strategik seperti air, api, media, stesen TV, hospital, syarikat pengangkutan. Pemodal Anglo-Amerika ini secara licik mencari rakan niaga di kalangan warga tempatan yang memiliki jaringan dan hubungan kuasa politik.
Malah ahli-ahli politik akan diberi hak milik atau saham agar segala bentuk projek diluluskan.
Justeru di Malaysia, kita mula melihat jenama global MacDonald, Burger King, Tesco atau StarBucks berselirat mencari mangsa. Impak kedatangan syarikat-syarikat gergasi ini kepada peniaga tempatan jarang dan tidak pernah dibincangkan – malah tidak ada langsung penilian ekonomi dilakukan.
Dalam masa yang sama, undang-undang dan akta telah diluluskan di Parlimen untuk memastikan kepentingan kaum pemodal Anglo-Amerika ini akan terjaga dengan baik. Buruh tidak dibenarkan berpersatuan. Buruh dilarang mogok.
Jika ada pemimpin buruh yang menyusun kaum pekerja, ia akan ditahan. Tuntutan gaji minimum ditolak untuk memastikan kaum pemodal mendapat keuntungan maksimum.
Peniaga-peniaga kecil tempatan merasa tekanannya dan tidak mungkin dapat bersaing. Banyak yang bungkus dan tutup kedai. Kematian peniaga tempatan ini menggembirakan pemodal Anglo-Amerika ini kerana suasana ini cukup sihat untuk mereka meluaskan pasaran.
Selama 25 tahun semenjak dasar pasaran terbuka dan globalisasi ini diperkenalkan, kaum pemodal Anglo-Amerika ini kini telah berjaya mengawal hampir kesemua bahan mentah dunia. Mereka boleh menaikkan atau menurunkan harga bahan-bahan mentah ini.
Mereka berhujah bahawa yang menentukan turun naik harga ialah pasaran bebas. Hujah ini bohong! Merekalah di Wall Street dan di City of London yang menentukan turun naiknya harga bahan-bahan mentah.
Dari belakang panggung – tuan-tuan empunya bank dan gedung perniagan sentiasa merancang. Mereka mewujudkan kumpulan-kumpulan pemikir. Mereka mendirikan jaringan sokongan yang berselirat di seluruh dunia.
Mereka memberi dana kepada ribuan NGO di Asia, Afrika dan Amerika Latin untuk memastikan dasar dan falsafah ekonomi terbuka dan globalisasi mereka diterima. Tujuan mereka: terus membolot harta kekayaan dalam dunia ini.
Elit ekonomi dan tuan empunya bank amat jarang menampakkan diri mereka secara terbuka. Jaringan-jaringan kabel mereka tersusun secara rahsia. Cara mereka bekerja tidak jauh bezanya daripada cara Mafia atau kongsi gelap bergerak.
Organisasi seperti Bilderberg Group, Bohemian Grove, Masonic dan Illuminati adalah sarang dan tempat mereka berkumpul dan merancang. Merekalah yang memiliki kuasa untuk menaik atau menurunkan ahli-ahli politik - bukan sahaja di Amerika Syarikat dan London tetapi di seluruh dunia.
Di Rusia, pada satu ketika dahulu, mereka berjaya menaikkan Yeltsin. Lihat apa yang terjadi – habis harta negara lingkup. Di timur tengah, tidak ada Sheikh dan Emir yang berani bersuara. Lihat apa yang terjadi kepada Saddam.
Cuba di bawah Castro yang merdeka dan bebas terus dihuru-hara. Chavez dan Ahmadinejad dilihat sebagai musuh kerana tidak membenarkan modal Anglo-Amerika memporak-perandakan ekonomi negara mereka.
Hari ini dunia sedang dalam kesakitan. Jika kita sakit, maka kita wajib kenal pasti apakah penyakit kita itu. Jika telah diketahui, maka baru boleh diubati. Jika tersalah baca, maka tidak mungkin sakit itu dapat diubati.
Ada yang mengatakan bahawa krisis hari ini adalah krisis kewangan. Ada yang mengatakan bahawa krisis hari ini adalah krisis ekonomi. Ada yang menuduh krisis ini timbul kerana tuan punya bank dan para CEO tamak haloba. Ada yang menuduh bahawa krisis ini timbul kerana kurang kawalan.
Semua ini tidak salah. Tetapi semua ini hanyalah manifestasi daripada penyakit itu. Krisis yang kita hadapi hari ini adalah krisis kapitalisme. Sistem ekonomi kapitalisme telah sampai ke satu tahap bahawa ia tidak mungkin dapat bergerak lagi. Pengeluaran dan pemintaan telah tepu.
Contohnya: dunia telah padat dengan kereta – pembeli terakhir dari negara China. Apabila rakyat China tidak lagi membeli kereta maka Toyota, Nissan, General Motor jatuh muflis.
Atau: ketika ini warga Malaysia yang berupaya membeli kereta telah membeli kereta. Maka telah sampai ke tahap kalau Proton terus mengeluarkan kereta, pasti tidak ada lagi pembelinya.
Seribu satu macam galakan yang diberikan tidak juga akan melahirkan pembeli. Tidak lama lagi Proton akan muflis kalau ini berterusan.
Sunday, May 17, 2009
KahKah! Woi! Balik Kampung La Wei!

An Associated Press photographer captured Army specialist Zachary Boyd fighting off a Taliban ambush in Afghanistan in the pink "I Love NY" underwear.
Boyd, who is from Fort Worth, Texas, said he was in his sleeping quarters at Firebase Restrepo in the Korengal Valley of Afghanistan's Kunar province when the Taliban attacked, forcing him to take up a defensive position while clad only in his helmet, protective vest, a T-shirt and his pink boxer shorts.
The soldier's mother, Sheree Boyd, said her son called Monday night to tell her his picture might be in the New York Times.
"He said, 'I hear the NY Times is what they put on the president's desk,'" she said. "Then he told us, 'I may not have a job anymore after the president has seen me out of uniform.'"
(Agencies)
*kahkah! Woi! Apebende ni?
hahaha..Cakap 'Police of The World'!
Wei..mane ade polis pegi kerje pakai 'underwear'..
hahaha..tulis 'I love NY' plak tuh..kaler pink lagik..
oi..balik kampung tolong mak kau lagi molek..
-kawe anok mak..
Saturday, May 16, 2009
Ingat Ini Iklan Ka?!

Umat sudah mula menyampah dengan kata-kata kosong rundingan. Umat sudah mula naik muak dengan kelembapan ini. Adakah kita masih tidak sedar-sedar? Adakah kita masih buta tercari-cari penyelesaiannya, padahal sudah Allah melalui Rasulnya telah menunjukkan kita jalannya?
Bersempena An Nakbah memperingati bumi tempat letaknya Baitul Maqdis tercinta, mari sama-sama kita perbincangkan akan hal ini. Saya ingin memperkatakan permasalahan ini bukanlah kerana isu ini yang sedang popular sekarang. Saya tidak mahu jadi seperti pengamal-pengamal media di sekitar kita yang bagi saya hanya memaparkan isu ini umpama iklan bermusim. Keluarlah berita Palestin dibom, Baitul Maqdis dibakar, ada anak kudung kakinya, tup tap tup tap, 10 minit kemudian, keluarlah drama ‘entah hapa hapa entah’. Jadilah kesedihan dan semangat membakar yang dinyalakan sewaktu berita tadi padam laksana api pelita yang ditiup-tiup sampai hilang! Ya, hilang bersama gelak ketawa kemudian tangis sedu-sedan kerana ada peserta kegemaran mereka terkeluar dari Akademi Fantasia (AF)!
Maka, di sana-sini orang mula bertanya, apakah jalan penyelesaian kemelut ini? Penyelesaiannya sudah jelas sebenarnya. Penyelesaiannya ada pada satu kalimah mulia. Satu kalimah yang bumi dan segala isinya pasti bergegar apabila dilaungkan. Akan tetapi, ramai yang takut mengatakannya. Kenapa ramai yang takut? Sebabnya ramai antara kita yang penakut! Kalau rakyat yang takut, itu barangkali boleh dikata ringan lagi. Akan tetapi, kalau pemimpin-pemimpin wilayah Islam sekeliling pun sudah jadi penakut seperti tikus, itu satu keBEBALAN melampau!
Maka, apakah dia kalimah itu?
Itulah kalimah Jihad! Satu kalimah dan seruan suci yang selama ini telah membebaskan segala pelosok bumi dari kekejaman regim-regim ciptaan manusia yang berfikiran ortodoks. Inilah kalimah yang dahulunya membebaskan Sepanyol dari kekejaman rajanya. Inilah juga kalimah yang satu ketika dahulu membebaskan Constantinople dari cengkamana kuku besi pemerintahnya. Demikian, inilah juga seruan yang berjaya membuka kembali Palestin dari kekotoran yang dicetuskan Tentera Salib di bumi suci letaknya Baitul Maqdis! Inilah dia! Hanya ini!
Akan tetapi, mengapa ramai yang takut dengan kemuliaan ini? Masakan tidak, sesiapa yang melaungkan seruan ini, hatta di Negara ‘Islam’ sekalipun, akan dicop terus sebagai penganas. Siapa yang suka dilabel sebagai pengganas? Jawapanya, tiada siapa pun. Count Dracula George Bush pun benci dipanggil sebegitu, walau hakikatnya dia memang seorang penghisap darah paling efisien sepanjang menjadi Presiden US.
Kalian, kita tidak perlu takut dengan kemuliaan itu. Jihad bukanlah keganasan. Jihad itu adalah gerak kerja mulia untuk membebaskan dunia dari ‘hukum rimba’ ciptaan manusia kepada hukum hakiki ciptaan Yang Maha Esa. Kita kesal dengan sikap sesetengah pihak yang sewenang-wenang mengubah maksud dan definisi jihad supaya sesuai dengan tafsiran pihak barat, konon bagi mengelak Muslim dari ditafsir sebagai pengganas. Malah, lebih mengecewakan, ada antara mereka memakai label ‘Agamawan’. Lalu lahirlah jawapan, jalan penyelesaiaan, dan ungkapan-ungkapan yang nampak seperti dari Islam, akan tetapi sebenarnya palsu belaka. Nampak seolah-olah seperti mereka sudah termasuk ke dalam perangkap pihak Barat. Peduli apa sama media barat! Biarlah mereka membuat tuduhan-tuduhan palsu mereka. Kita seharusnya bergerak terus untuk menerangkan kepada orang ramai tentang Islam yang sebenar, bukanya membuang masa melayan lolongan dan salakan pihak-pihak seperti CNN dan sepupu sepapat mereka. Malah, jika kita lihat dan kita perhatikan situasi selepas serangan 11 September, semakin ramai orang yang memeluk Islam. Alhamdulillah, berkat gerak kerja saudara-saudara kita terutama di Barat dalam menyampaikan mesej Islam yang sebenar (Baba Ali adalah contoh paling sesuai). Ini secara jelas menunjukkan bahawa misi media-media kufur Barat untuk menimbulkan persepsi buruk pada Muslim telah menemui jalan kegagalan. Umat manusia sekarang sudah ramai yang bijak pandai dalam menilai. Mereka sudah tidak mudah lagi ditipu kerana ramai yang memilih untuk mengambil fakta daripada mengambil tanggapan dan persepsi buruk semata.
Kenapa jihad? Adakah jalan-jalan seperti boikot tidak berhasil? Saudara-saudari yang dikasihi, saya tidak menentang kempen boikot. Malah saya sendiri telah memboikot pihak-pihak syarikat yang secara terang lagi jelas menyokong Israel. Saya ulang sekali lagi, ‘terang lagi jelas’, bukan dengan sangkaan semata. ( Saya tergelak mengenangkan jenaka seorang sahabat saya. Apabila diajak makan di kedai Mamak, dengan sinis dia menjawab, “Tak boleh...”. Saya tanya mengapa. Lantas dijawab , “Tu kedai Yahudi tuh”. ) Sesungguhnya, boikot individu sahaja tidak akan mendatangkan kesan yang menggugat pihak Zionis Israel. Hanyasanya boikot yang paling berkesan adalah boikot di peringkat Negara. Pemerintah harus memain peranan dalam menjayakan boikot ini. Pernah dahulu Israel mengalami kerugian melebihi puluhan juta hasil boikot dijalankan oleh Arab Saudi dahulu. (Saya kurang ingat angka sebenarnya) Itu dulu!! Arab Saudi sekarang sudah jadi pengecut seperti tikus. Bukan tikus biasa, tapi tikus serupa Hamster. Tahu tidur, makan, dan main. Saya pernah mendengar satu ungkapan yang paling sesuai untuk mereka, “Orang Arab adalah singa, akan tetapi pemimpin mereka adalah keldai!”. (tukar. Tak mahu hamster. Pakai keldai lagi molek)
Bagaimana dengan demonstrasi? Demonstrasi itu adalah sangat berguna untuk menunjukkan kemarahan dan keprihatinan kita akan masalah di Palestin. Siapa yang dahulunya berani mengatakan demonstrasi adalah haram di sisi Islam, semua itu adalah ‘Ulamak Cari Makan’ saja. Akan tetapi, kita tidak boleh terus-terusan berdemo sahaja. Zionis itu adalah sejenis makhluk tanpa telinga yang akan mendengar jeritan amarah kita. Dia buat tak layan saja! Orang KL kata, “Dia tak amek pot pun!”. Kita harus mengambil langkah yang lebih serius dan lebih kehadapan dari berdemo 24 jam tanpa sebarang usaha mengumpul kekuatan bagi menghapuskan Negara haram Israel. Apakah langkah itu? Jihadlah jawabnya. Maksud saya kita harus bergerak untuk menyatukan semua kaum Muslim di bawah satu misi, iani Misi Pembebasan Suci. Berjihad tanpa satu kesatuan itu serupa semacam masuk ke mulut buaya!
Khatimah, kita seharusnya meniliti semula sirah perjuangan Rasul Junjungan bersama Sahabat Baginda dalam memelihara kesuciaan agama. Sampai bila kita mahu terus berharap pada PBB dalam membebaskan bumi Palestin? Kita cukup sedih bila sesetengah pemimpin apabila ditanya tentang penyelesaiannya, maka dijawabnya, “Kita tunggu resolusi dari PBB. Pihak kita telah menghantar memorandum dan gesaan kepada pihak PBB untuk memandang serius hal ini. Kita mengambil sikap tegas dalam perkara Palestin”. Tegas? Tegas apa kalau bila ditanya jalannya, lantas kepada PBB diserahkan! Sejak bila kita takut melaungkan dengan tegas, “Penyelesaiaanya adalah kita bersatu untuk berjihad menentang mereka! “. Allah mengamanahkan tugas ‘Jihad Pembebasan’ ini kepada kita,kaum Muslim, bukannya kepada PBB. Saya tidak tahu kalau-kalau ada ayat dalam Al-Quran yang mengarahkan tugas jihad itu kepada PBB. Sedarlah wahai pemimpin-pemimpin Islam, terutamanya orang Arab disekitar BaituMaqdis, sampai bila kalian mahu jadi alat tunggangan Amerika dan Sekutu? Ingat, kalian akan disoal di akhirat nanti tentang amanah ini. Kemudian, jika kalian terus mengkhianati tugas suci ini, mari kita sama-sama lihat di hadapan Allah nanti, adakah PBB akan membela kalian.
*Sungguh, Jihadul Akbar hanya akan berjaya dengan berdirinya sebuah negara Islam yang menyatukan seluruh wilayah Islam di bawahnya, yang melaksanakan segala hukum Islam secara kaffah, dan yang akan menghantar tenteranya setiap kali ada Muslimah yang menangis bila kemuliannya digugat. Allahuakbar!
Monday, May 4, 2009
Prinsip RM50 dan Kain Batik

Terbaca keratan akhbar minggu-minggu kebelakangan ini, terlihat akan saya satu berita hangat yang diperkatakan. Khabarnya, akan ada pilihanraya Dun Penanti tidak lama lagi. Pilihanraya lagi?
Ya! Pilihanraya lagi! Kali ini di Pulau-Pinang. Selepas rakyat letih dengan pilihanraya ‘Dua Bukit’ baru-baru ini, mereka dikejutkan lagi kali ini. Tiba-tiba, muncul beberapa pemimpin kita berkata bahawa calon partinya mungkin tidak bertanding kerana kos yang tinggi, lebih-lebih lagi di musim suramnya ekonomi global.
Tidak bertanding? Kerana kos yang tinggi? Saya mengalamun sebentar bila mendengar apa yang dikatakan beliau. Benar, saya sangat menyokong pandangan sedemikian. Akan tetapi, sejujurnya, bukankah pilihanraya itu boleh dikurangkan kosnya? Itulah sebab saya hampir ketawa sampai berair mata bila mendengarkannya. Kerana apa? Kerana pilihanraya itu jadi tinggi kosnya disebabkan tabiat orang-orang Malaysia berkempen!
Pembangkang atau Kerajaan, budaya politik Malaysia memang tidak matang-matang dari dulu sampai sekarang. Bukanlah saya katakan saya ini sangat matang orangnya ( umur pun baru 20. Dah baligh da pun), tapi sebagai antara insan kerdil yang lemah lagi jahil yang memang dari dahulu duduk di pinggir-pinggiran memerhatikan badai politik di Malaysia, apalah salah kiranya kali
an izinkan saya mengulas tentang ini.Dan bukanlah juga saya ini seorang ahli politik ataupun orang yang sibuk berkempen sana-sini untuk mana-mana parti (ada pihak yang melabelkan saya sebagai aktivis politik, satu perkara yang amat kelakar, tapi saya tahu mereka hanya bergurau=)
Berbalik kepada tadi (jauhnya tersesat), mengapa saya katakan budaya berpolitik di Malaysia tidak matang-matang? Ini kerana adanya budaya ‘Kain Batik dan Not RM50’. BUdaya inilah yang saya kira menjadi penyebab mengapa kos pilihanraya kecil sangat tinggi di Malysia. (Hei..pilihanraya kecil je beb.. Takkan PR kecil pun kos dia boleh smpai berpuluh-puluh juta!)
Ramai yang sukakan kain batik dan kalau ditanya tentang not RM 50, tentu besinar-sinar sahaja mata. Orang gila pun gembira kalau diberikan RM 50! (tapi mungkin mereka tak tahu nilainya lebih-lebih lagi kepada penduduk-penduduk kampung yang miskin). Tapi, kalaulah saya tanyakan di sini, apa itu budaya ‘Kain Batik dan Not RM50’, bolehkah rakan-rakan yang dikasihi sekalian dapat menjawabnya? Apa pula kaitannya kain batik dengan RM 50? Kenapa tiba-tiba kain batik? Ataupun saya ini sudah sasau selepas kemalangan baru-baru ini? (tak tahu eh? Nanti le saya cerita kalau ada yg sudi mendengar..ish,ish..)
Pernah atau tidak kalian mendengar kisah yang akan saya ceritakan ini, kenyataanya ianya memang berlaku. Bila tibanya musim-musim pilihanraya kecil, antara orang-orang yang akan diberikan tumpuan ialah insan-insan yang kita panggil sebagai ‘Pengundi Atas Pagar’. Mereka ini akan dilayan dan diampu bagai menatang minyak yang penuh. (apa? Ingat pemimpin je ke yang diampu?hahaha..). Segala permintaan akan dituruti. Mahukan jalan bertar yang baru? Nah! Tidak sampai 24 jam sudah diluluskan. Itu belum lagi ditambah dengan ‘Projek-projek Mi Segera’ lain yang dijanjikan. (padahal kawan tu dah hampir bertahun-tahun perjuangkan untuk dapat jalan baru..)
Pada waktu inilah akan munculnya sekelompok manusia yang akan bergerak dari rumah ke rumah di kampung-kampung, melawat dan mengagihkan kain-kain batik dan RM 50 buat penghuni-penghuni rumah yang dilawati. Pertanyaan-pertanyaan ‘prihatin’ yang indah-indah akan didengar. “Pak Cik sehat? Anak-anak dah makan? Pak Cik sakit apa nih? Sudah lama kaa?” adalah pertanyaan yang biasa didengar ketika musim-musim ini. Sejuk rasa hati Pak Cik itu mendengarnya. Sangkanya, selepas bertahun-tahun hidup miskin lagi terpinggir, akhirnya ada juga yang datang bertanya khabar, walaupun selalunya 4 tahun sekali saja mereka datang. Barangkali Pak Cik tua itu juga sudah dapat mengagak, penghabis ayat tanya mereka pasti akan berbunyi begini, “Nanti Pak Cik jangan lupa pangkah calon dari Parti *****************, ya?”. Selepas itu, lesap tanpa khabar berita mahupun panggilan telefon bertanyakan khabar (mungkin sebab rumah Pak Cik tak ada telefon kot, kata saya sebelum saya dihambat dengan tongkat oleh Pak Cik itu!).
Bagi penduduk Bandar, apalah sangat nilai RM 50 dan kain batik itu. Lebih-lebih lagi di tengah-tengah kemelesetan era ekonomi songsang kapitalis, nilai RM 50 itu seumpama sehelai kertas yang bernombor sahaja. Tapi, bagi penduduk kampung yang susah, nilai RM 50 dan kain batik itu umpama satu hadiah yang terlalu sangat-sangat bernilai. Seolah-olah laksana tuah yang jatuh dari langit. Apatah lagi dengan kejahilan ilmu agama yang diwarisi bersama kepapaan dari generasi ke generasi, kain batik dan RM 50 itulah nilai prinsip dan undi mereka yang boleh dibeli dengan mudah!
Ini kisah benar. Saya tidak katakan atau tujukan ini kepada mana-mana pihak. Malahan telah berulang kali saya menegaskan bahawa neraca hukum Agama bukan dilihat pada siapa pelakunya atau apa jawatannya atau apa partinya, tapi Agama itu neracanya Al-Quran dan Sunnah. Jadi saya yang jahil ini akan menegur diri saya sendiri dan mana-mana pihak yang berprinsip ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ ini. Tidak kira dari Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Jadi tidak timbul isu saya ini penyokong Parti ********* atau sesiapa yang sewaktu dengannya.
Itu belum lagi cerita bilamana sebuah keluarga telah dihadiahkan dengan perabot, kemudian setelah calon dari parti tersebut kalah, ditariknya balik perabot tersebut. Perangai buruk siku ini siapa yang ajar? Atau bagaimana kalau saya ceritakan lagi tentang upah memasang poster dan mengoyakkan poster calon lawan yang boleh mencecah RM 20 bagi sehelai poster? Ini cerita benar! Cerita betul! Bukan duuugaaaaaan...(bak kata Pendekar Mustar dalam cerita Pendekar Bujang Lapok). Maka kalau beginilah cara berkempen, adalah bukan perkara memeranjatkan kalau dikatakan kos satu pilihanraya kecil boleh mencecah berpuluh-puluh juta ringgit dan sehingga satu masa, boleh mencapai billion! Gila benar cara berpolitik di Malaysia!
Saya rasa kita perlu balik dan berfikir tentang kepimpinan Islam yang sebenarnya. Demokrasi terpimpin konon kata mereka! Adalah sangat pelik kalau ada insan yang mengatakan demokrasi ala Barat yang sibuk diperjuangkan itu adalah berlandaskan Islam. Poooorah!! Tahukah mereka bahawa sebenarnya demokrasi itu asasnya adalah sangat bertentangan dengan Islam. Ya, sangat bertentangan. Akan saya jelaskan kemudian andai berkesempatan. Apa yang penting, kita perlu mengubah cara kita berpolitik demi kesejahteraan umat. “Ubah macamana? Saudara ni hanya pandai berretorik sahaja. Ubah, ubah, dan ubah. Itu saja yang dikatanya. Apa yang perlu dilakukan untuk mengubah?” kata sesetengah ‘kawan’ kepada saya. Nanti, sabar. Perkara ini akan diulas di waktu lain. Manalah muat untuk saya tulis semua di sini. Kalau panjang sangat, nanti rakan-rakan saya yang dikasihi ini akan bosan membacanya. Betul?
“Jadi, adik nak ke tidak kain batik dengan RM50 ni..ikhlas abang bagi nih,” sambil tangannya menghulurkan poster kempen. Aiii....kain batik lagi...
*amanah memerintah apabila jadi bahan dagangan, maka celarulah jadinya..
Friday, May 1, 2009
Hai Ali..Sinis Sekali Jawapanmu..

Khutbah jumaat yang selama ini suram pengiisiannya dengan tajuk2 sama yang diulang-ulang, akhirnya berubah nada sejak kebelakangan ini. Khutbah yang sejujurnya saya katakan kadang-kadang bagai 'ubat tidur' mujarab bagi saya berubah pendekatannya. Satu perkembangan baik untuk penduduk Kampung Umbai.
Dan, khutbah tadi benar-benar menyentak fikiran saya. Otak saya yang barangkali hampir beku di musim cuti ini kembali bergerak berpusing berfikir. Isinya mengenai rasuah dan sikap rakyat terhadap pemimpin. Sesuatu yang benar-benar menarik yang saya kira barangkali sesuai untuk dikongsikan bersama rakan-rakan pelawat 'blog buruk kawe' ialah kisah zaman pemerintahan Saidina Ali RA. Ia bermula begini:
Seseorang telah datang kepada Saidina Ali, lalu bertanya: "Tuan, saya lihat suasana adalah amat aman di negara ini pada zaman Umar. Mengapakah negara huru-hara kacau bilau pada zaman Tuan memerintah?".
Maka, Saidina Ali kwh lantas menjawab: Pada zaman Umar, rakyat-rakyatnya ramai yang seperti aku. Tapi, pada zaman ku, rakyat-rakyatnya ramai yang seperti engkau.."
Kalian, lihat, sinis sekali jawapannya! Ringkas, tapi bisa menikam jauh ke sudut hati-hati kita!
Kita kadang-kadang terlupa, di saat kita sibuk menghentam pemimpin kita itu dan ini, kita mungkin terlupa sesuatu di sini. Sudahkah kita benar-benar melaksanakan amanah kita sebagai rakyat? Memang kehancuran di negara Islam adalah berpunca dari kelemahan dan kebobrokan sesetengah pemimpin, tapi, tahukah kita bahawa maksiat dan kejahilan merata-rata yang dilakukan oleh rakyat juga adalah penyebab murka Allah ke atas sesuatu negeri?
*hai, pemimpin, kami mengharapkan kalian untuk memimpin kami ke arah Allah.. Janganlah kalian abaikan amanah kalian atas kami..ingatlah bahawa jawatan itu satu nikmat pada permulaan, tapi satu beban yang lebih berat dari dunia dan seisinya pada akhirannya nanti.. wahai rakyat, taatilah pemimpin2 kalian selagi mana2 mereka membawa kalian ke arah Allah..tariklah tangan-tangan mereka jika kalian lihat mereka sudah mula membawa kalian ke arah kehancuran.. hai ummahku..ingat dan fikirkan ini..
Sunday, March 29, 2009
Orang Politik! Berbaloikah ini semua?

drMAZA
Malas rasanya hendak mengulas keserabutan politik negara kita. Saya yang berada jauh di cerok Lampeter, Wales ini pun terasa betapa serabutnya kerenah politik dalam negara. Kadang-kala rasa letih perasaan hendak membaca berita-berita negara kebelakangan ini. Semuanya tentang kekeliruan politik.
Jika ada berita yang menyejuk jiwa seperti kisah kejayaan adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal yang berjaya dalam pelajarannya sekalipun dari keluarga miskin, tidak pula menjadi isu hangat untuk diperkatakan oleh masyarakat kita. Mungkin sekadar laporan media untuk sehari dua. Tidak enak barangkali untuk dihidang bersama rakan sebagai jamuan telinga seperti mana sedapnya mendengar cerita kekalutan politik.
Padahal pendidikan dan ilmu diperlukan secara langsung oleh setiap insan, sedangkan politik rakus dan ‘gila kuasa’ hanya untuk mereka yang dimabukkan oleh syaitan. Sehingga saya baca daripada satu sumber berita kononnya dijumpai ‘barangan bomoh’ yang diletakkan di bawah meja Perdana Menteri. Pelik bunyinya kisah-kisah politik kebelakangan ini. Apa yang patutnya rahsia, dikongsi semua. Ada yang patut dikongsi semua, menjadi rahsia.
Maka tertanya sekelian rakyat: “tangan-tangan siapakah gerangan?”. Jika saya yang berada di Lampeter United Kingdom ini iaitu satu kawasan yang dianggap ulu tetapi tenang, menghijau, dengan udaranya yang segar dan masyarakatnya yang agak mesra, pun terasa mual dan loya dengan berita-berita negara kita, apatahlagi perasaan rakyat yang prihatin yang hidup dalam negara.
Atau mungkin rakyat negara kita sudah sampai kepada satu tahap menganggap kisah-kisah kecurangan dan sensasi ahli politik adalah satu hiburan seperti mana kisah-kisah gossip artis. Padahal ada beza antara dua kelompok tersebut. Gossip artis mungkin kesannya tidak seburuk kecurangan ahli politik yang rasuah, salahguna kuasa, memecah belahkan masyarakat hanya atas kepentingan, membazir masa rakyat dan menggadaikan masa depan awam.
Membaca berita ahli politik; tikam menikam sesama sendiri, benci-membenci dalam mengejar kuasa, curahan wang dan harta kerana pangkat semata, dedah mendedah keaiban masing-masing dan berbagai lagi menjadikan dada kusut dan serabut. ‘Sembang-sembang’ mereka penuh dengan sumpah seranah dan permusuhan hanya kerana kuasa.
Kawan-kawan orang politik ramai yang munafik daripada yang jujur. Pujian untuk orang politik banyak yang dusta daripada yang ikhlas. Bak kata ungkapan pantun dalam lagu: Inikah dia lakonan hidup, di pentas dunia insan berpura. Tipu dan daya mencapai maksud, budi dan harta merangkum noda.
Hairan kita dengan orang politik, apakah candu yang mereka telan sehingga mereka sanggup berada di alam yang seperti itu. Apakah yang mereka kejar untuk memperolehinya sehingga mereka sanggup meredah badai kesakitan jiwa dan perasaan yang sedemikian. Apakah mereka mengejar kuasa tanpa bahagia? Atau kuasa bersama derita? Atau biar derita asal berkuasa? Atau mereka sebenar tidak berjumpa dengan nikmat hidup bahagia? Atau mereka bak apa yang Allah firman dalam al-Quran: (maksudnya)
“Oleh itu, janganlah engkau tertarik kepada harta benda dan anak pinak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya mahu menyeksa mereka dengan itu semua dalam kehidupan dunia” (Surah al-Taubah: ayat 55).
Sejarah seantero dunia meriwayatkan cerita-cerita politik itu penuh dengan riwayat sengsara dan derita. Orang yang tamakkan kuasa sebenarnya mengidap sejenis penyakit gila yang mungkin bertindak di luar dari kebiasaan insan yang normal. Dia mungkin berbohong, khianat, rasuah, menzalimi insan lain, bahkan mungkin membunuh atas kegilaan yang luar kawalan. Dia sanggup mengorbankan segala-galanya, hanya kerana kuasa.
Tetapi yang pasti jika diteliti, mereka ini hilang kewarasan, kebahagiaan dan ketenteraman hidup. Jiwa mereka miskin. Bayang-bayang ketakutan atas dosa dan hilang kuasa memburu mereka setiap waktu dan penjuru. Perasaan resah apabila bersendirian tanpa pengikut, atau sendiri bermimpi ngeri bimbang hilang pengaruh. Demikianlah insan apabila Allah dan bayangan hari akhirat itu hilang dari jiwa seseorang insan.
Para pejuang kebenaran kerana Allah juga mungkin derita dan diseksa. Mungkin juga diuji dengan penderitaan fizikal dan tekanan perasaan sebagai insan. Namun, keimanan, keikhlasan dan harapan mendapat ganjaran di sisi Allah sentiasa menjadikan derita itu kecil, bahkan mungkin bertukar menjadi nikmat apabila apabila mengenang bahawa ujian dan bala itu penyebab ganjaran dan pahala serta menghapuskan dosa.
Jiwa mereka besar kerana tempat pergantungan mereka sangat agung. Ini seperti yang sering para pejuang sebutkan: “Jika aku dipenjara maka itu satu kerehatan. Jika dibuang negeri maka itu satu perlancongan dan jika aku dibunuh maka itu bererti syahid. Para pejuang kebenaran sentiasa damai kerana nampak ke mana jalan hendak dituju. Firman Allah dalam Surah al-Nisa’: (maksudnya)
“Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit maka sesungguhnya mereka pun menderita sakit seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan daripada Allah apa yang mereka tidak harapkan dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
Ugutan, ancaman, penghinaan, kezaliman dan segala rupa kesakitan hidup dirasai oleh orang politik dan bukan politik. Namun antara perbezaan mereka yang berkerja untuk menegakkan kebenaran kerana Allah dan mereka yang berjuang untuk kepentingan tembolok sendiri adalah ketenangan jiwa dan kehalusan perasaan yang penuh syahdu dan lunak yang tidak dimiliki melainkan oleh golongan yang pertama.
Golongan pertama iaitu para pejuang kebenaran kerana Allah, tanpa mengira atas pentas apa mereka berada; dakwah, politik, ekonomi, pendidikan atau apa sahaja, akan melalui kesukaran perjuangan mereka dengan mendekatkan diri kepada Allah, mengharapkan pahala dan keampunan serta tawakal yang penuh kepadaNya. Samada kemenangan atau ketewasan; semuanya dihayati sebagai nikmat pengorbanan untuk insan kerana Tuhan.
Firman Allah Surah Ali ‘Imran 173: (maksudnya)
“Mereka yang apabila diberitahu oleh orang ramai (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa manusia berkumpul untuk memerangi kamu, maka gerunlah kamu kepada mereka”. (maka berita itu sebenarnya) menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)”.
Sebab itu dalam sejarah kuasa politik sekalipun hebat, gagal untuk menundukkan pejuang kebenaran yang ikhlas. Sekalipun tubuh dan harta para pejuang itu diseksa dan dirampas, tetapi jiwa penguasa juga yang menderita. Namun sejarah terus mencatatkan kedua kelompok itu sentiasa berterusan wujud sekalipun menghadapi berbagai rintangan.
Penegak kebenaran kerana Allah ada di setiap zaman menghadapi segala tribulasi perjuangan kerana memburu keredhaan Allah dan syurga yang dijanjikan. Sementara kelompok yang tamakkan kuasa juga wujud di setiap zaman disebabkan penyakit gila yang meresap ke dalam jiwa mereka. Mereka terbayang pada kuasalah segala keindahan dan keseronakan. Mereka lupa betapa ramai yang berkuasa itu telah hilang nikmat kebahagiaan jiwa. Sabda Nabi s.a.w:
“Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinanan, ianya akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ianya sesuatu yang nikmat pada permualaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari).
Ya, politik bukan semuanya buruk. Berpolitik untuk menegakkan kebenaran serta berpolitik dengan disiplin yang ditunjukkan oleh Allah dan RasulNya adalah tuntutan. Kita perlukan orang politik yang melaksanakan tanggungjawab kepimpinan berdasarkan wahyu Tuhan. Namun jika politik itu adalah kisah ketamakan dan kerakusan seperti yang sering kita dengar, ia sebenarnya adalah kisah insan-insan yang hilang bahagia, berpenyakit jiwa dan gila.
Maka ingin kita bertanya kepada mereka ini yang sengit bertarung saban hari: “Berbaloikah semua itu?”
Sunday, February 15, 2009
Apakah Penyembuh Kekalutan Kita?
Banyak email yang dihantar kepada saya mengadu betapa tenatnya perasaan melihat apa yang sedang bergolak dalam negara kita. Ada yang kata dia sesak nafas memikirkan hal umat Islam di negara kita. Ada yang menyatakan dia sudah malas nak fikir lagi. Ada yang kata dia rasa tertipu dengan sikap para pemimpin politik yang dia sokong. Ada yang bertanya penyelesaian dan berbagai lagi.
Jika kita ada penyakit, kita tidak patut mengubati apa yang kita nampak sahaja. Kita perlu ubati akar atau punca penyakit tersebut. Jika tidak, ia akan menyerang semula. Mengetahui punca asal penyakitnya, jika pun kita tidak dapat menyelesaikannya akan menjadikan kita sentiasa beringat di masa hadapan, atau memboleh kita mengingati generasi yang akan datang bahawa ‘Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati’.
Kekusutan yang berlaku pada hari ini, apakah ia baru bermula semalam, atau sudah bertahun lamanya? Barah yang kelihatan boleh membunuh pada hari ini, apakah baru muncul ketika doktor berjaya mengesannya, atau sudah bertahun lamanya? Banyak penyakit itu gagal diubati disebabkan hanya pada sangat akhir ketika sudah benar-benar nazak, baru datang berjumpa perawat. Bukan tidak boleh, tetapi penyelesaian yang lengkap akan sukar untuk diperolehi.
Ya, banyak perkara dalam hidup kita, Islam hanyalah dirujuk ketika saat gawat. Ini seperti mereka yang berumahtangga, Islam mencadangkan pakej yang lengkap bermula dari ciri-ciri dalam memilih pasangan, mudahnya urusan perkahwinan, kehidupan dengan disiplin agama, tanggungjawab suami, isteri dan anak-anak, hukum-hakam nusyuz sehinggalah kepada bab talak apabila ternyata rumahtangga tidak lagi membawa kebaikan.
Malang sekali bagi pasangan muslim jika hanya merujuk kepada hukum Islam ketika ketika hendak bernikah dan hendak talak sahaja. Sepanjang perjalanan rumahtangga; bermula dari masa memilih pasangan, hukum-hakam syarak dalam rumah tangga, tanggungjawab mendidik anak isteri dengan ajaran Islam dan berbagai lagi tidak pernah dipedulikan. Hanya bertanya: “Apakah penyelesaian segera Islam bagi rumahtangga saya yang tidak aman?”. Bagaimanakah dia inginkan penyelesaian segera, sedangkan dia telah biarkan barah itu merebak sekian lamanya?
Masalah politik dalam negara kita juga sama. Ia tidak bermula pada krisis semalam, atau kelmarin. Namun ia bermula dari prinsip, tingkah laku dan perjalanan yang sudah berusia tua. Apakah sistem politik yang kita anut selama ini benar-benar diletakkan atas prinsip Islam? Kita juga patut bertanya; bilakah politik permusuhan dan kebencian secara meruncing itu disemai? Apakah puncanya, sehingga ‘ukhuwwah’ parti, melebihi ukhuwwah Islamiyyah yang diajar oleh Allah dan RasulNya. Permusuhan politik di peringkat kampung sehingga ke bandar sering memperlihatkan kerakusan kuasa dan ketaksuban parti yang kedua-duanya adalah menyanggahi prinsip Islam yang kudus.
Seterusnya, hilangnya kepercayaan kepada orang-orang politik, bermula bila? Saya secara peribadi melihat ramai pemimpin politik berjawatan dalam negara kita ini sombong lagak dan tingkahnya. Lebih buruk lagi, apabila ‘kerja-kerja salah’ mereka menjadi bahan perbualan umum. Sehingga hilangnya kepercayaan rakyat itu, bukan kepada mereka, ter‘mangsa’ sistem-sistem lain termasuk mahkamah dan polis.
Parti pemerintah bukan tidak boleh diubati, tetapi perlu ada kesungguhan dalam membuang segala unsur barah yang bersarang ditubuhnya sekalipun barah itu berupa orang besar. Jika tidak, generasi baru akan terus prajudis yang tiada hentinya.
Dalam banyak keadaan, manusia hilang prinsip dalam politik. Perkara yang diharamkan semalam, mungkin dihalalkan hari ini. Lompat parti umpamanya, haram dan halalnya pada orang politik parti berdasarkan untung rugi politik kepartian. Sistem Beraja juga demikian, apabila ia menguntungkan, ia disanjung, apabila sebaliknya ia dikeji. Begitu juga politik wang, halal dan haramnya diukur berdasarkan siapa yang beri?
Berkawan dengan ‘parti kafir’ juga serupa, kufur dan islamnya bukan diukur dengan dasar yang dipegang, tetapi siapa yang mereka berkawan? Jika kita berdasarkan prinsip dari awal, kita sentiasa akan istiqamah dalam memutus semua perkara berdasarkan prinsip. Kita akan bertanya; dari segi prinsip ‘apakah melompat parti itu memenuhi akhlak mulia yang diajar oleh Islam? Apakah wang yang mengikis ketelusan itu diizinkan oleh syarak? Apakah Sistem Beraja atau segala adat-istiadat Beraja itu diajar oleh Islam sedemian rupa? Banyak lagi perkara yang boleh dibangkitkan. Jika benar hendak menilai, kita mesti menilainya dengan bebas dan hanya bergantung kepada Allah.
Saya dukacita melihat kadang-kala pertelingkahan politik telah mengikis akhlak dan nilaian Islam dalam jiwa kita. Dalam dunia internet, maki-hamun, carut-marut dan sumpah-seranah menjadi mainan dan hiasan para penyokong aliran-aliran politik. Lebih mendukacitakan, apabila perbuatan keji seperti itu menggunakan nama Islam. Tercemarlah kemuliaan agama ini atas kegelojohan berpolitik.
Saya membaca komen-komen penyokong parti tertentu mengenai kenyataan Mufti Perak Dato Seri Harussani Zakaria yang melarang rakyat menentang keputusan Sultan Perak. Komen-komen itu penuh dengan carutan dan makian yang tidak tergamak untuk kita baca. Ya, bagi saya sendiri banyak pandangan dan pendapat Mufti Perak berkenaan yang saya kurang setuju. Namun, memaki hamun dan mencarut kepada seseorang yang ada sumbangannya yang tersendiri bukanlah akhlak yang diajar oleh Islam.
Malangnya, saya juga pernah melihat rakaman seorang pemimpin politik di Pahang yang membuat isyarat lucah ketika kempen pilihanraya. Demikianlah, perangai orang atasan menjadi contoh buruk kepada rakyat bawahan. Dalam hadis al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik r.a. katanya:
“Bukanlah Nabi s.a.w itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain”.
Melihat kepada masalah-masalah yang seperti ini, membawa kita insaf bahawa ada dua perkara yang memerlukan perubahan dalam negara kita. Pertama; melihat semula segala dasar dan sistem yang dipakai dalam negara ini; sejauh manakah itu semua memenuhi prinsip-prinsip yang ditegaskan oleh Allah dan rasulNya.
Kedua; kembali mentarbiah kaum muslimin; pemimpin dan rakyat agar berdisiplin dalam prinsip, amalan dan akhlak selaras dengan ajaran Allah dan rasulNya. Maksudnya hendaklah dilakukan penegakan Islam di peringkat dasar dan penghayatan. Dengan syarat, tafsiran Islam itu mestilah atas keikhlasan dan ilmu yang bebas dari kepentingan parti dan politik tertentu.
Saya menyeru kepada para pejuang perubahan, semoga apa yang berlaku menginsafkan kita, betapa kita perlukan Islam yang tulen yang merdeka dari kepentingan puak, adat, bangsa, parti dan seumpamanya. Hanya kembali kepada Allah dan rasulNya. Inilah perkara yang pernah disebut oleh al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h:
“Bilamana menjadi sesuatu yang putus bahawa “Sesungguhnya al-Din di sisi Allah ialah Islam”, maka sesungguhnya tidak mungkin dapat difahami apa yang dikehendaki Allah melainkan dengan perantaraan RasululLah. Sesungguhnya tiada jalan kita sampai kepada baginda melainkan melalui pengetahuan mengenai sunnah baginda. Pula tiada jalan kepada sunnah baginda melainkan dengan ilmu hadis. Justeru itu menjadi kewajipan ke atas kaum muslimin, samada pemerintah atau rakyat, pendakwah atau yang didakwah, beriman bersama kita bahawa tiada jalan terlaksananya apa yang kita seru kepadanya iaitu perlaksanaan keadilan dan keamanan, menegakkan hukum Allah di atas muka bumi kecuali dengan berdakwah kepada sunnah dan mengamalkannya, juga mentarbiah kaum muslimin dengannya. Bukan dengan hukum-hakam dunia, undang-undang ciptaan manusia, pandangan-pandangan individu dan pegangan-pegangan kepartian. Itu semua menjadikan umat semakin berpecah dan jauh dari matlamat yang dituju” (Al-Albani, Sahih al-Adab al-Mufrad m.s. 8-9 Saudi: Dar al-Sadiq)



