Orang yang tahu pasti akan takut untuk memegangnya. Malangnya, ramai yang tidak tahu. Atau barangkali buat-buat tak tahu. Kerana itu ada yang sanggup mengguna segala macam cara kotor dan keji untuk mencapainya.
Apakah itu? Ia adalah amanah kuasa.
Mengapa dalam persoalan ini kita jarang sekali berhati-hati dan tidak mengambil langkah bejaga-jaga? Klaau dalam soal makanan, kita lihat bagaimana orang kita begitu berjaga-jaga dalam membeza yang halal dan haram. Sehingga barangkali sampai ke satu tahap menjadikan mereka terlalu was-was.
Malang sekali dalam soal memegang kuasa tiadalah mahu mereka berhati-hati seperti itu.
Seseorang yang beriman, apabila dibebankan ke atasnya amanah mentadbir umat, apa yang akan mula-mula terbayang di benaknya sudah pasti kemurkaan Allah yang akan datang bersama pengkhianatan terhadap amanah umat.
Maka berhati-hatilah. Kuasa adalah amanah. Dan apabila amanah itu diambil dengan cara yang batil dan menindas, tunggu sajalah janji Allah yang pasti dan tidak bisa dimungkiri.
Tuesday, October 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment