Raya memang hari kita bersuka dan gembira sambil melompat-lompat bersama-sama sepupu2 yang pulang ke kampung. Tidak salah untuk kita melompat-lompat kerana ia menzahirkan kegembiraan dan kemeriahan hari raya.
Akan tetapi, tangisan juga sinonim dengan raya bagi masayarakat kita. Saya tidak mengatakan tangisan itu salah. Para alim dan para pencinta Ilahi pasti tersedu sedan mengenangkan ramadhan mubarak yang telah berlalu pergi. Belum tentu lagi ia kembali kerana ajal maut itu datang menjemput tanpa sesiapa pun tahu. Hanya ALLAH azzawajall saja yang tahu akan halnya kematian seseorang itu.
Dalam tangisan kesedihan itu, para Alim dan Pencinta Ilhi ini akan terus bingkas bangun dan mengesat air mata mereka tatkala berkumandangnya laungan takbir raya lantas merayakan kemenangan mereka dalam memerangi nafsu dan syahwat masing-masing.
Ini tangisan yang sebenar! Selepas menangis mereka bangkit dengan penuh kekuatan dan dengan syukur melaungkan takbir dengan bersemangat tanda pengisytiharan kemenangan penuh bergaya.
Berbeza sungguh dengan tangisan raya sesetengah dari kita. Ya, kita lihat mereka menangis tersedu-sedan di pagi raya. Tidak pernah kita melihat dia menangis sebegitu kuat kecuali pada hari raya.
Akan tetapi, lihat dan teliti kembali sebab mengapa dia menangis. Mereka menangis bukan kerana Ramadhan yang berlalu. Mereka menangis kerana terlalu sayu mendengarkan alunan Takbir Raya yang mendayu-dayu!
Saya tidak menyalahkan takbir raya ataupun imam dan bilal yang mengalunkan takbir tersebut. Masyarakat kita memang sinonim dengan keindahan dan alunan yang sebegitu. Malah, itulah antara ciri2 kelembutan orang Melayu yang memang terkenal sejak dahulu lagi.
Apa yang perlu dilihat kembali di sini ialah tujuan kita menangis tersedu-sedan di pagi raya. Bukankah ini hari kemenangan? Sepatutnya ia disambut dengan gembira dan dengan senyuman. Apa sudah jadi dengan hari raya bila senyuman di balas dengan muka yang masam mencuka ditambah dengan mata yang merah berair?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment