Sunday, September 20, 2009

Seloka Raya Untuk Bersuka

Selamat Beraya,
Ini hari kita bersuka dan riang ria,
Nak main mercun jgn campak merata,
kesian, nanti terkejut warga tua

Selamat bertemu sanak saudara,
Tak lupa pada kawan lama,
Dulu kita sama melompat sambil terkinja,
Sekarang semua sudah terbang merata

Pak Imam, Pak Bilal, wa mintak maap,
Kalu khutbah tadi pagi wa slalu saja sangap

Kahkahkah mari beraya mari bersuka,
Hari ini memang hari untuk bersuka
Bukan hari meratap lagi berduka
Tanda syukur pada Yang Esa

No comments: