Saturday, June 13, 2009

Cerita PPSMI

PPSMI benar-benar bikin kecoh! Satu Malaysia heboh memperkatakannya. Ini tidak mengira lapisan masyarakat. Dari Sasterawan Negara kepada warga pendidik, malah Mak Cik Felda pun sekarang menjadikan ini termasuk dalam intipati borak-borak mereka dengan jiran sebelah.

Dan, belum habis lagi PPSMI diselesaikan oleh Tok Menteri Pelajaran yang baru, muncul pula isu wajib lulus BI dalam SPM. Tapi, yang saya ingin katakan disini ialah tentang PPSMI. Kalau sebelum ini saya berkokok di blog kawan saya mengenai isu ini, saya rasa ada baiknya saya tulis saja di sini.

Begini ceritanya.

Pada awal cadangan PPSMI ini, ianya telah dicadangkan agar dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Maksudnya, ianya tidak akan dilaksanakan secara terus kepada setiap pelajar.

Kemudian, sebilangan besar warga pendidik membntahnya.Mereka mahu pengajaran Sains dan Matematik diteruskan dalam B Melayu. Maka, Tun Dr Mahathir telah mengambil langkah drastic dengan melaksanakannya dasar ini secara terus. Kita kenal beliau sebagai seorang tokoh terhormat yang amat tegas dan tidak akan berpatah balik ke belakang setelah membuat sebarang keputusan. Itu memang dia. Jarang dia akan menarik balik sebarang keputusan yang telah dibuatnya.

Maka, PPSMI ini terus dijalankan dan setiap pelajar akan mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa nggeris. Jadi, berduyun-duyunlah cikgu dihantar menjalani kusus Inggeris.

Selain itu, berkepul-kepul datang pihak yang mencari-cari dan mengemis-ngemis kontrak membekalkan alat ini dan itu untuk PPSMI. Bagi mereka, PPSMI ini satu peluang perniagaan baru.

Ada yang dapat kontrak membekalkan komputer riba. Ada yang dapat kontrak memperbaiki komputer yang rosak. Ada dapat kontrak bekal alat bantu mengajar. Pendek kata, jika dasar ini dibatalkan, maka pasti terlompat-lompat bagai murai tercabut ekor mereka nanti!

Maaf Tun. Saya menghormati beliau sebagai antara pemimpin yang berkaliber dalam sejarah Malaysia. Tetapi, saya bertegas mengatakan bahawa saya amat tidak bersetuju dengan dasar ini.

Pedulikan perbincangan meja bulat yang dikatakan telah membincangkan dasar ini. Saya sendiri ketawa terbahak-bahak sehingga mengalir air mata di celah pipi mendengar pendedahan yang dibuat Datuk Muhyiddin tentang anggota-anggota meja bulat ini. Antara yang diundang dalam rundingan meja bulat ini ialah seorang lelaki yang tak pandai bercakap Melayu secara fasih. Selain itu, ada juga seorang ibu yang anaknya masih bersekolah. Budak yang masih belum bersunat pun tahu mereka ini tidak layak membincangkan PPSMI dari segi ilmiahnya.

Bagi pendapat kosong macam saya bolehlah!

Kalau inilah ahlinya, maka perbincangan meja bulat PPSMI ini sudah hilang kredibilitinya. Saya puji Datuk Muhyiddin kali ini disebabkan dia jujur dalam mendedahkan kepincangan ‘meja bulat PPSMI’.

Saya berpegang teguh pada pendapat ini. PPSMI WAJIB dikaji semula pelaksanaannya.

Ini bukan disebabkan alasan pelajar malas belajar dalam bahasa INGGERIS. Itu pendapat yang keras dan saya tidak bersetuju. Kita tidak boleh ego di sini. Adalah tidak wajar meletakkan kegagalan mereka dalam PPSMI kerana mereka malas belajar. Janganlah kerana sekolompok dari kita yang rajin telah berjaya dalam dasar ini, kita melupakan beberapa kelompok yang memang rajin tetapi tidak boleh memahami Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Pelajar bukan malas atau tidak mahu berubah kepada bahasa Inggeris. Budak-budak estet dan felda bukannya malas. Ramai yang rajin. Saya bukan cakap kosong sahaja di sini. Mereka cuma tidak boleh melakukannya. Lebih-lebih lagi bila ianya dilaksanakan secara terus dan tanpa berperingkat-peringkat seperti yang saya katakan sebelum ini.

Bayangkan, jika dalam Bahasa Melayu pun mereka sukar hendak menelannya, apatah lagi dalam Bahasa Inggeris! Bukankah jika ia diteruskan dalam Bahsa Melayu, sekurang-kurannya mereka dapat juga memahami sebahagian daripada ilmu-ilmu ini. Itu lebih baik daripada tidak tahu apa-apa.

Malah, ramai pelajar telah kehilangan minat dalam bidang Sains. Bukan kerana mereka malas. Tidak. Masakan mereka tidak hilang minat jikalau mereka tidak faham sepatah apa pun yang Guru ajar di hadapan? Adakah kerana hendak meningkatkan tahap Bahasa Inggeris, maka perlu kita korbankan minat mereka ini?

Saya lontarkan lagi pertanyaan di sini. Sila sebutkan mana-mana Tamadun Dunia yang telah berjaya dalam bidang kajian Sains apabila pengajaran awal Sains diajar bukan dalam bahasa ibunda mereka?

Jawapannya tidak ada.

Jepun sebagai contoh paling dekat.

Malah, majoriti pemegang anugerah Nobel menghasilkan tesis kajian DALAM BAHASA MEREKA SENDIRI. Tidak kiralah mereka warga Jerman atau Australia atau Uganda sekalipun.

Situasi ini amat pelik kerana ia benar-benar memalukan kita. Ia seolah-olah menunjukkan yang kita tidak yakin akan kebolehan Bahasa Melayu sebagai medium pengantar dalam pembelajaran bidang Sains. Setiap bahasa berkebolehan untuk menjadi bahasa ilmu. Bahasa Melayu juga tidak terkecuali.

SEPATUTNYA, jika benar kita mahu berusaha meningkatkan pencapaian pelajar dalam Bahasa Inggeris, maka, SEHARUSNYA pengajaran matapelajaran bahasa Inggeris itu sendiri yang harus dibaiki.

Bukannya dengan mengorbankan subjek Sains dan Matematik.

Sila ambil perhatian. Satu kajian telah dibuat oleh sepasukan pengkaji yang mewakili IPTA2 di Malaysia ini. Dalam kajian mereka, adalah didapati bahawa PPSMI hanya menyumbang TIDAK SAMPAI 10% dalam penguasan Bahasa Inggeris para pelajar.

Maka, hasil kajian ini kita hendak campak ke mana? Saya berani katakan yang mereka jauh lebih berpengalaman dan berkredibiliti dari perwakilan dalam meja bulat tadi. Sepatutnya pendapat-pendapat cendiakawan ini kita tidak harus ketepikan. Kerajaan sepatutnya mengadakan kajian yang lebih mendalam tentang PPSMI ini dengan meminta nasihat dari pakar-pakar pendidikan negara.

Penipu kalau dikatakan PPSMI berjaya hanya berdasarkan jumlah lulus dalam SPM yang lepas. Jangan berbohong pada rakyat. Jumlah kelulusan telah meningkat hanya kerana gred dan skala pemarkahan Sains dan Matematik telah diturunkan.
Jika skala ini tidak diturunkan, alamat ramailah pelajar yang lingkup. Ramailah yang akan ‘Balik Kampung Tanam Jagung’.

Dan ketika itu satu negara akan tahu bahawa PPSMI telah gagal dan ramai pelajar yang terkorban disebabkannya. Maka, demi kepentingan politik, maka skalanya diturunkan. Itulah politik Malaysia. Sedih, tapi itulah hakikatnya. Wajib untuk kita memahaminya.

Kesannya mungkin tidak kelihatan sekarang. Ianya mungkin kelihatan 10 tahun akan datang. Ketika negara lain mula melangkah maju ke depan, generasi kita masih teraba-raba untuk mengenali Prinsip Halaju ataupun Ilmu Pengkamiran.

A Samad Said, Sasterawan Negara pernah berikrar bahawa beliau dan rakan-rakan yang lain akan menentang dasar ini sehingga kiamat sekalipun. Malah, mereka juga bersedia jikalau gelaran Sasterawan Negara mereka ditarik .

*perbincangan tidak seharusnya menimbulkan permusuhan. Kita bebas untuk berbeza pendapat dalam sesetengah isu. Harap faham

5 comments:

حكيمه خانئ said...

Sila sebutkan mana-mana Tamadun Dunia yang telah berjaya dalam bidang kajian Sains apabila pengajaran awal Sains diajar bukan dalam bahasa ibunda mereka?

sgt suka + setujuuu dgn point ni. =D

btw, agak2 ah wey gelak sampai menangis. teehee.

den den Mushi said...

Ade satu Tamadun yang pernah wat begitu!

Ade! Sape kate tak de?

Tamadun ' 1Malaysia' lah! warghhahahaha

sAkinahmAzlan said...

huhu~
kalau aku nk komen kt sini pnjgnye sama ngn post ko nih hafiz.
s0,
cukupla aku ckp yg aku sokong pndpt ko 100%.

mak aku pn cikgu.cikgu yg dh lma berbakti tuk ank bangsa.dia tgk perkembgn student2 nih.
n tuk pengetahuan korg. mak aku ajr matematik. bkn ajr kt skolah pendalaman. mak aku ckgu SBP. SBP ok? n aku tgk sndiri. keputusan diorg xmembanggakan. s0,hampa pikiaq la sindiri.hehe

Di pinggiran said...

Hakimah - Kadang2 ketawa sorang2. Orang tak gila tengok mcm org gila. Orang gila pun terkejut takut tengok ade org lagi gila dari dia yang memang gila. HAHAHA, Gila! Gila ah Malaysia ni!

Den den Mushi - Woit! Ade tamadun mcm tuh?

Ape lah buku sejarah ni,tak sebut pun name tamadun tuh

Ape lah Syed Naquib Al Attas nih, pasai apa x kaji tamadun nih dulu. Die boley terlepas pandang plak!

Sakinah - Sian Anok Felda, Sian Anok Estet, Sian kawe anok kampung

alem said...

sokong penentangan dasar ni 100%.
abaikan kepentingan politik,demi kebaikan masa depan rakyat.

Powered By Blogger