Monday, June 29, 2009
Untuk Mereka Yang Berdarah Muda
Tribute Buat Muhammad Gharran
Tika ini waktu emas mu,
Kau boleh pilih mau jadi apa,
Jadi penyagak, Jadi Mat Dangdut,
Hatta mau jadi Mat Sotong pun,
Itu pilihan engkau
Sebab ini masa emas mu
Tapi itu semua pilian pengecut
Itu semua pilihan orang tak berotak
Pengecut dan tak berotak tidak layak untuk nikmat kemudaan
Kerana nilai muda hanya buat bersenang dan menambah taulan yang bukan-bukan
Orang muda, Darah muda,
Mesti bangkit mesti teguh bangun,
Kerana natijah kemudaan adalah perjuangan
Nilai mudamu hanya untukmu menambah tinta revolusi
Bukan menulis berkati surat cinta pada cinta palsumu
Wahai yang muda remaja!
Nilai berani hanya pada berapa titis darah mu gugur
menolak kebobrokan pengkhianat Umat
Bukan berapa banyak penumbuk yang kau hadiahkan pada lawanmu di jalanan
Wahai yang berdarah panas membara!
Nilai keremajaanmu hanya pada bingkasnya engkau bangun menolak penindasan
Bukan pada ramainya dara dan teruna yang engkau cairkan
Hai yang berani!
Bangun!
Jangan jadi pengecut!
Jika engkau masih penakut,
Maka simpan sajalah muda mu itu,
Duduklah berdiam diri menunggu tuamu,
Kelak masa sampai tuamu,
Galikan kubur mu sendiri dan tinggal sahaja di situ,
Tunggulah saja sampai ajal menjemput mu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Aku sentiasa berani dengan penaku..
Aku telah tersedia berdiri untuk agamaku,
Aku telah bangun untuk negaraku,
Aku telah bangkit untuk orang lain dan diri..
Dan aku tidak pengecut!!!
P/s: Sangat membakar dan mencabar sajak tuan, indah dan mantap :-)
Bakarkan lagi!
Kalau tak cukup biar ku tambahkan minyak tanahnya
Kalau yang baru nak mula, mari ku berikan 'lighter' nya
Bukan mula merokok! Jangan salah! Jangan jadi ngoookk
Lighter tu untuk mulakan bakarannya!
Bakaran perjuangan anak muda meninggikan martabat Islam!
RaveHeartz: Tinggi semangat kamu! Itulah anak muda
Kalu tak baik jadi orang tua saja
Rock Kapak: Bro...lighter bro... gua nak bakar sekali sampah perompak umat
darah muda sentiasa terbakar sendiri
membakar rakus jiwa keremajaan
membakar hangus nafsu memberontak
membakar lagi sikap pengecut
sungguh takut sekali jika darah muda ini
terbakar untuk sesuatu yang sia
darah muda semua!bersandarlah pada syariat Islam.bakarlah darah dan jiwa muda anda untuk menggalakkan sinar Islam!
Post a Comment