entry ini lanjutan dari post sebelum ini
Saya: Atok. Atok tau tak Ah Gong dah mati?"
Atok: "Haa? Ah Gong dah jalan? dah jalan dah..Apa buley buat..."
*jalan = padam = mati
Ah Gong dan Atok memang kenalan rapat. Atok sewaktu sehat dahulu memang selalu ke kedai runcit Ah Gong. Biasanya untuk membeli jagung untuk makanan ayam di rumah.
Sekarang Ah Gong sudah padam. Patutlah asap dan kertas dibakar sebelah kedainya.
Pernah dulu Atok tertinggal jagung yang dibeli. Duit sudah dibayar tetapi jagungnya tertinggal di atas meja 'cashier'. Terus saja naik ke motor.
Saya sudah tersedia duduk di atas bakul motor Atok waktu itu.
Atok terus hidupkan enjin motor. Tiba2 Ah Gong begegas sambil berteriak.
"Lailahaillallah! Hj Embi! Ini jagung tertinggal!"
Saya terkejut bertambah kelakar mendengar teriakan Ah Gong. Harap-harap dia faham apa yang diucapkan. Semoga hidayah Allah sempat menerpa hati Ah Gong.
Keluarga Ah Gong pun begitu mesra. Malah, salah seorang ahli keluarganya turut berkhatan.
Sebenarnya, 'terpaksa' berkhatan.
Semuanya berlaku kerana tercedera semasa bermain upih pinang.
Thursday, July 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment