Saturday, August 22, 2009

Desparado Cara Malaysia : satu ulang tayang

Bila anda dipilih oleh rakyat sebagai kerajaan, maka itu satu amanah. Ia wajib dilaksana dengan adil. Harta negara wajar diagihkan sama rata tanpa mengira fahaman politik.

Ramai takut mendengar perkataan ‘sama rata’ ini. Sabar. Dengar dahulu penjelasan saya.
Konsep sama rata ini bermaksud harta negara dibaghagi-bahagi dengan saksama. Yang miskin akan dapat lebih. Yang kaya cukuplah sekadarnya. Maka, majoriti yang miskin iatu Melayu akan dapat lebih. Nak takut apanya? Sila baca artikel saya sebelum ini. Ketuanan Melayu vs KeTUANAN ISLAM.

Apa yang berlaku dalam landskap politik Malaysia sejak akhir-akhir ini semakin menampakkan kebejatan dan ‘taktik kotor’ serta busuk dalam mencapai matlamat politik. Harta negara yang merupakan hasil titik peluh rakyat dipusing-pusingkan dan dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan parti.

Saya tegaskan di sini bahawa wang kerajaan ialah wang rakyat. Wang parti datangnya dari sumber lain. Itu saya tak mahu ulas dengan lanjut. Siapa yang berminat boleh tanya anak beranak Lim Goh Tong. Jangan tanya dia pasal dia sekarang sedang berhadapan soalan Mungkar Nangkir nun jauh di bawah tanah sana. Jadi, jangan ganggu dia.

Setiap rakyat membayar cukai samada dia pembangkang mahupun kerajaan. Tun Mahathir membayar cukai. Begitu juga Datuk Seri Anwar. Mereka-mereka ini kita tak perlu risaukan samada membayar cukai atau tidak.

Tetapi, pembayar cukai yang harus kita risaukan ialah Kak Mona peniaga air di Seksyen 2 serta Man Tempang pembuat perabot berstatus OKU di Alor Star Kedah.
Mereka ini mengembleng tenaga, masa, dan fikrah bagi mencari sesuap nasi buat mengisi perut keluarga. Dari tenaga, masa, dan fikrah mereka ini terhasilnya rezeki berupa wang dan bermacam-macam lagi keperluan yang lain. Kemudian, sebahagian darinya mereka gunakan buat membayar cukai.

Saya kurang pasti samada Kak Mona itu penyokong pembangkang ataupun kerajaan. Yang saya tahu air koko di kedainya memang sedap diminum. (saya dah tak nampak mana anak perempuan dia sekarang. Dulunya memang dia selalu menolong maknya di kedai). Saya juga kurang tahu tentang Man Tempang. Apa yang pasti, kedua-duanya MEMBAYAR CUKAI.

Jadi, kesimpulannya di sini mudah. Setiap pembayar cukai WAJIB mendapat hak sama rata dalam arus pembangunan dan kemajuan. Mereka mengharapkan yang empunya kuasa memerintah akan mengagih-agihkannya denga bijak dan cerdik.

Tugas kerajaan adalah untuk merancang penggunaan wang cukai ini untuk kesenangan rakyat. Bukannya menjadi pihak yang merencatkan pembangunan kemudahan rakyat dengan alasan mereka penyokong pembangkang.

Kahkahkah. Duit kerajaan itu duit siapa sebenarnya? Duit rakyat atau duit parti?

Bermakna DUN Kijang di bawah Pas harus mendapat kemudahan yang sewajarnya sepertimana DUN Pekan di bawah BN. Itulah keadilan.

Jadi, bila Datuk Muhyiddin membuat tawaran untuk menjadikan Permatang Pasir sebagai ‘anak emas’ kerajaan jika BN menang di sana adalah tindakan tidak adil lagi berat sebelah.

Ini ulang tayang apa yang berlaku di Manek Urai. Tindakan ini tindakan ‘Desparado’ namanya.

2 comments:

saufiahmad said...

terbuka minda...bagus...thumbs up..syukur alhamdulillah...slamat berpuaser peh

Ambo Marhaen Juga said...

slamat brpuasa jg encik saufi! kahkahkah..

*aq dah tak ley post sekerap dulu.. agk sbuk bah..