Tuesday, August 18, 2009

Tersasul Maksud

Jangan tersalah tafsir maksud dan pengertian perkataan 'rakyat'. Sesetengah orang sering tersasul dalam erti perkataan 'rakyat'.

Rakyat bagi spesis yang belajar dalam PPSMI ini beranggapan maksud 'rakyat' ialah para towkey Cina, kroni, bini, anak menantu, rakan taulan, dan sepupu sepapat masing-masing. Kita wajib memaafkan mereka kerana mereka ini belajar dalam Inglish. Jadi ada logik kalau perkataan 'rakyat' yang budak Taska Kemas pun tahu ini mereka tidak tahu.

Rakyat bermaksud Pak Mail yang memerah keringat di Kebun Getah di Kg Tiang Dua Melaka. Rakyat juga bermaksud Abe Ja yang setiap hari menyabung nyawa di lautan luas untuk rezeki keluarga di Kg Sematjal Kelantan.

Mereka-mereka inilah rakyat. Insan-insan kerdil tapi kuat semangat hidup ini sebenarnya rakyat.

3 comments:

alem said...

betul3..aku suka definisi istilah rakyat ko ni..semangat untuk terus jalani hidup..bukan Datuk 'S' ke,Tokan gula ke,majistret ke..tu tak bole pakai..haha

Tuan Blog said...

btul! Tokan Gula sudah kasi sush sama aku

nak buat Air Gula pun x blei!

*eh..itu datuk S tu sapa ha? Ada kenai ka?

alem said...

ntah..aku men hentam je..haha..s. subramaniam kot..hehe