Monday, August 31, 2009

Kenyataan Akhbar Persatuan Peminat Goyang Gerudi

kenyataan Akhbar untuk edaran segera




Kami dari Persatuan Peminat Goyang Gerudi (PENGERUDI)telah mengadakan mesyuarat tergempa susulan ketiadaan sambutan pada perayaan Merdeka tahun ini.

Kami ingin menyatakan kekecewaan yang mendalam dari lubuk hati kami atas ketiadaan gelekan dangdut pada sambutan merdeka tahun ini.

Kami berpendapat ini adalah satu langkah yang tidak tepat dan kurang wajar yang telah diambil oleh kerajaan kerana ini sama sekali tidak mencerminkan budaya ketimuran dan 1Malaysia yang dicanang oleh YAB Perdana Menteri kita.

Ketiadaan gelekan dan goyang gerudi dari penari-penari Malysia telah mencemarkan nama baik Malaysia di mata para pelancong serta menyebabkan sambutan Kemerdekaan Negara kita tahun ini menjadi hambar serta tidak meriah.

Ramai antara kami merasa kecewa serta ada yang tidak henti-henti menangis meleleh air mata jantan dari siang hingga ke malam lantaran terlalu hampa dengan ketiadaan persembahan pada sambutan tahun ini.

Justeru, kami ingin menyatakan beberapa tuntutan:





1. Persembahan goyang dan gelek harus diadakan secepat mungin sepantas kilat bagi mengembalikan kepercayaan pelancong pada kemeriahan Malaysia.



2. Pihak Kementerian Pelajaran perlu mewujudkan matapelajaran Dangdut ataupun Tarian Dedah di peringkat sekolah rendah lagi bagi melahirkan kembali generasi Dangdut Pop yang telah hampir hilang.



3. Nyanyian lagu Dangdut wajib diputarkan di setiap majlis kerajaan ataupun keraian menteri ataupun sambutan Monsoon Cup ataupun majlis graduasi Tadika Kemas.



4. Setiap rakyat wajib mempelajari Goyang Gerudi sebagai salah satu bentuk senaman yang menyihatkan lagi menyegarkan.




Kami berharap agar pihak kerajaan memandang serius akan tuntutan kami ini. Kami tidak teragak-agak untuk mengadakan demonstrasi jalanan sambil membawa kepala lembu jika pihak berwajib tidak mengendahkan tuntutan kami.

Sekian.



Yang Bergoyang,

Lim Tat bin Kuntau
Presiden PEMINUL

*surat ini ialah cetakan komputer dan tidak memerlukan tandatangan

No comments:

Powered By Blogger