Thursday, June 18, 2009

Kerja Bodoh, Perangai Huduh - Islam Makin Jauh Dari Fikrah Melayu

Pagi-pagi di kampung memang meriah. Seusai saja Subuh, Umbai sudah mula sibuk.

Pepagian menghantar adik-adik ke sekolah adalah satu rutin harian di rumah. Seumpama seorang 'drebar', ke mana disuruh, di situ saya pergi. Jalan-jalan ke sekolah pula sibuk dengan kereta dan bas sekolah, menjadikan itu satu pekerjaan yang saya agak berat untuk melakukannya.

Kerap, selepas menyelesaikan urusan rutin seorang 'drebar', saya singgah di warung kampung. Orang-orang tua memang ramai di situ. Cina, Melayu, Mat Indon, sama-sama makan harmoni sambil melayan udara pagi yang sejuk. Udara yang selalu saja menjadi ranataian paling kuat menghalang untuk ke Masjid berjemaah Subuh.

Jika hari cuti, saya akan ke warung dengan ayah. Ayah pula setiap kali ke warung, pasti dibawanya akhbar sekali. Itu tak menjadi masalah. Berita Hairan ataupun Utusan Meloya tidak mengapa.

Masalah cuma timbul bila Ayah membawa sekali akhbar 'Harakah'.

Saya bukan seorang ahli Pas. Ayah pula memang tegar perjuangan PASnya. Dan kekadang selalu terjadi perdebatan antara ayah dan saya setiap kali saya mengkritik beberapa dasar PAS yang saya rasa kurang sesuai dengan 'jenama' Islam yang dibawa. Jadi perjalanan kami di dalam kereta jarang sunyi atau menjadi perjalanan yang mengantukkan biji mata.

Oh, apa dia massalah yang saya maksudkan itu?

Masalahnya, bila saya ingin membawa sekali Harakah keluar dari kereta, pasti Ayah menegur.

"Jangan! Tu tempat orang **** yang 'berdentinnng' (berdentinnnnng maksudnya tegar). Kang tak pasal-pasal kang," kata Ayah. Bimbang nanti dipandang serong oleh mereka yang sedang minum-minum, saya tinggalkan saja Harakah dalam kereta.

Ada warung penuh dengan orang Umno. Ada warung penuh dengan orang PAS. Ada warung sama penuh. Ada juga 'warung' untuk kaki dangdut, khususnya Melayu. Itu di Semabok.

Ayah tidak menyukai perpecahan yang semacam rupa.

Jadi, untuk membaca Harakah, ada warung lain.

Politik kampung tidak sama dengan di bandar. Di bandar, masyarakat ramai yang sudah berpandangan jauh. Punyai akal yang lebih intelek corak pemikirannya.

Di kampung, politiknya lebih sukar dan kompleks sebenarnya. Politik kampung ialah politik perpecahan. Bukan politik mencetus perpaduan. Orang kampung ramai yang mudah dibeli. Ramai yang lebih rela jadi kuli 'duit'.

Bunyi 'kaa ciing!' lebih mendodoikan dari seruan Azan mengajak berkumpul di masjid menghadap Yang Esa. Pernah saya tulis tentang ini. Cerita pasal duit dan kain batik.

Belum lagi bila dikatakan perebutan jawatan ahli jawatankuasa masjid. Bagi hamba-hamba politik, Masjid merupakan medan terbaik menaikkan pengaruh. Untung-untung nanti dipilih jadi ahli JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung).

Atuk saya biasa menyebut JKKKKKKKKKKK... Sengaja dipanjangkan huruf K itu, dengan niat memperli.

Kalau pandai melobi diri, boleh jadi pengganti YB sekarang.

Masakan tidak. Sewaktu kelas agama, amat sukar sekali kita nampak wajah-wajah ini. Wajah-wajah pura-pura suci ini cuma muncul di kala musim pemilihan mesyuarat agung masjid.

Orang ini sewaktu solat berjemaah kita tidak nampak batang hidung mancung tapi tidak 'hensem' mereka. Kita akan nampak kain pelikat mereka 'mengerbang' di masjid sewaktu ahli baru AJK masjid akan dilantik.

Di masjid, satu saja jawatan yang orang ramai malas hendak merebutnya. Sebenarnya inilah jawatan paling bernilai. Jawatan ini tidak memerlukan seseorang itu untuk melobi, apatah lagi mengadakan kenduri kendara atau menghadiahkan t shirt percuma.

Jawatan itu ialah jawatan menjadi 'MAKMUM'. Entah, orang tidak ingin merebutkan yang ini. Hairan.

4 comments:

besi karat said...

salam..
mmg pmikiran org kampung terhadap politik jauh berbeza.
pernah skali, YB perak datang kampung aku, bwk UMNO bersama2..
masa pas semayang asar berjemaah, sorg lelaki tua kat kampung aku, org kuat pas..dia ulang balik smyg asar 2. dgn sebab tak sah berjemaah ngan UMNO

nadz ruslan said...

betul betul betul (ala2 upin ipin)

keras sangat bila cakap orang kampung boleh dibeli. sebenarnya lebih kepada berkhidmat pada yang berjasa, orang kampung bukan org senang, siapa2 yang boleh memudahkan hidup mereka, dialah yang dipilih.

di kampung aku, segerombolan orang lompat parti gara-gara sakit hati dengan ketidakadilan seorng pemimpin yang kasi rumah bantuan kepada sanak sedaranya saja. hurm..

aku pernah mendengar ceramah parti islamik di depan rumah aku, terang2 mengata mengutuk manusia lain di majlis agama? sewaktu tu aku berusia 8 tahun. terus aku ambil konsep pilih pemimpin bukan pilih parti.

Di pinggiran said...

LiLacFIA -

Betul! Tepat! Bijak cara sebegitu! Pilih pemimpin yang boleh bekerja.jgn pilih penyamun tarbus. Nnti habis itik dgn kambing dia kebas.
hahahaha.Itu belum lagi citer org yang dah ada rumah, tp dia dpt lagi rumah kos rendah.
Lpas tuh, die pegi sewakan kat org miskin!

Ini baru betul balaci Kapitalis!
kahkahkah


besi karat-

hahahaha! woit! mazhab mana depa pakai tuh?
Mazhab Ayah Pin ka?
Mazhab Asshaari ka?
Mazhab Hassan Anak Rimau ka?

Mari-mari makan strawberi,
Baik-baik makan..jgn smpai tergigit jari,
Jangan berhukum ikut suka hati,
Nabi kata kanan depa kata kiri

hahahahahahahahahahahahahahahahaha

Whiteraven68 said...

pandai betul buat pantun..
^_^

Powered By Blogger