Umno Selangor menempelak PAS Selangor yang menurutnya baru "bangun dari tidur" berhubung isu kontroversi penjualan arak di negeri itu.
"Bagi saya, PAS baru bangun dari tidur, bahawa nampak Islam daripada Umno," kata Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Syukur Idrus."Dulu kata bila jadi kerajaan, nak tutup kilang arak, tapi sampai hari ini, tak tutup," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Abdul Syukur berkata, PAS tidak harus menunggu untuk berdemonstrasi untuk menyelesaikan masalah tersebut."Sedangkan PAS Selangor mempunyai seramai tiga orang exconya dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
"Keputusan ada di tangan mereka, sebab mereka sebahagian daripada kerajaan. "Kenapa tunggu nak berdemonstrasi dan sebagainya. Kalau jadi pembangkang bolehlah. Sekarang ada kuasa untuk menghalang penjualan arak di Selangor," katanya.Lihat kebijaksanaan PAS
Beliau yang juga ketua Umno bahagian Selayang diminta mengulas tindakan PAS Selangor melancarkan kempen penerangan besar-besaran di seluruh negeri supaya umat Islam menjauhi arak, susulan kontroversi pengharaman minuman itu dengan seorang pemimpin DAP, Ronnie Liu.
Kira-kira 80,000 risalah diedarkan di seluruh negeri mulai selepas solat Jumaat lalu.Selain risalah dicetak untuk diedarkan, PAS Selangor turut menggantung kain rentang bertulisan "Bebaskan Umat Islam daripada Najis Arak" di tempat tumpuan umum dan simpang jalan utama di negeri itu.
Abdul Syukur yang juga ADUN Kuang berkata, Umno Selangor mahu melihat kebijaksanaan PAS menangani isu tersebut."Mereka boleh buat keputusan. Apakah PAS boleh menguasai Pakatan Rakyat dan menjadi wakil kepada orang Melayu?"Kita nak tengok kebolehan PAS. Mereka juga ingat bahawa mereka jauh lebih Islam daripada Umno. "Kita lihat apa yang akan berlaku. Jika gagal, berhenti jadi kerajaan," katanya.
MasyaALLAH...meleleh air mata..meleleh air peluh..
kerna terharu mendengar tazkirah dari Kuang Kuang..
ini pasal apa bunyi macam katak pangil hujan?
KUANG! KUANG! KUANG!
DULU MASA ADA MAJORITI, SIAPA YANG LULUSKAN BINA KILANG ARAK TU?
BESAR BENAR KILANG NYA, ADA DEKAT2 SHAH ALAM
KAHKAHKAH SAPA SLALU NAIK KTM BULEY NAMPAK
MERCU TANDA NEGERI SELANGOR
KILANG ARAK CALSBERG
tumpang tanya buleh?
nampak tak mana dia ni?
*pssst..jgn salah sangka..bukn dia yg buat..
3 comments:
Masya-Allah...Sokonglah usaha menegakkan syiar islam..bukan dengan berdiri jauh sambil peluk tubuh..
sedap btul sstgh pihak tu brckp.. yg g buat kilang arak sebesar alam tu sape suruh.
pastu sedap mengata pihak len..
sepatutnya isu arak yg jelas2 haram dlm islam ni xboleh dipolitikkn.
xkira la kerajaan umno,pas ataupn pkr..kilang arak still xboleh beroperasi kt negara yg digembar gemburkn as negara ISLAM.
"Bila politik lebih penting dr hukum ISLAM........"
WaALLAHua'lam.
dari jual arak baik pegi jual Rak buku
lagi bagus
Post a Comment