Sunday, April 12, 2009

Saudari mgeneration bertanya:

aku ada satu persoalan sebenarnya..
apa hukum menonton wayang di panggung wayang?
if x salah haram hukumnya..

klau xslh aku..
tmpt tu dianggap menimbulkan fitnah..
sbb suasana yg gelap dan mostly akan ada berlakunya maksiat dlm tu eg couple yg berpgg tgn etc. kita seolah-olah merelakan n merestui perbuatan mereka klau kita sama2 join tgk wayang tu. n aku rsa bg seorang muslimah terutamanya,msk panggung wyg is not proper kot..
my opinion only..
plus penah gk timbul isu ni kt surau..n most of them say that tgk wyg is haram.

amr-din
menjawab:

Setiap sesuatu itu asal hukumnya halal sehinggalah datang dalil yang sahih jelas mengatakan ianya haram.

Saya secara jelasnya berpendapat bahawa ianya tidak haram. Tetapi ianya menjadi haram bagi sesetengah individu yang pergi ke sana bersama "cewek" masing-masing. Bukan untuk menonton "wayang" tapi mereka ke sana untuk buat wayang. Maka ianya jatuh haram.
Adalah tidak wajar kita mengharamkan menonton wayang hanya kerana salah guna sesetengah pihak. Kerana niat kotor "pasangan2 bahagia" ini, maka mereka yang datang dengan niat untuk membawa keluarga bergembira menonton kartun di wayang pun terkesan.

Dan, saya juga berpendapat bahawa pergi menontonnya adalah tidak sama dengan kita menyokong perbuatan "goblok" sesetengah pasangan Melayu yang mengaku umat Muhammad tapi berperangai macam Bani Israel. Pergi ke dataran Cendikia (DC) misalnya, tidaklah bermaksud kita merelakan perbuatan berdua-duaan merpati-merpati dua sejoli yang barangkali lupa halal haramnya.

Ini sama sekali berbeda dengan perbuatan pergi ke kelab-kelab malam. Ini kerana kita sedia sudah maklum bahawa kelab malam memang tempat tari-tarian lelaki dan perempuan tanpa batas. Jadi, pergi ke sana bermaksud kita sengaja "cari penyakit". Sedang bagi panggung wayang, ianya tempat bagi seisi keluarga beristirehat dan "relax" sebentar menontong tayangan kegemaran mereka. Hanya segelintir orang saja yang menjadikan ia tempat melayan nafsu syaitan masing-masing.

Malah, adakah dapat kita pastikan bahawa memang ada perbuatan seperti itu berlaku sewaktu kita sedang menonton wayang tersebut? Saya tidak pernah menghadapi keadaan seperti itu sewaktu menonton wayang. Saya tidak tahu bagaimana dengan saudari. Tapi, saya pernah mengalami pengalaman memualkan dan nyaris-nyaris saya muntah ini sewaktu menaiki bas dari Melaka ke ShAH aLAM. Orang seperti ini, di mana-mana pun mereka tergamak melakukannya.

Akan tetapi, saya lebih bersetuju jika ianya diperbaiki dari segi sistem pengurusannya. Cadangan saya ialah diasinngkan tempat duduk lelaki dan wanita di panggung wayang itu. Atau disediakan panggung wayang khusus untuk wanita atau lelaki. Cerita yang ditonton itu juga perlu dipastikan bebas dari unsur syirik dan maksiat. Ini tugas Badan Penapis Film Malaysia. Tanya mereka. Saya pun pelik dengan kriteria apa mereka gunakan untuk menapis sesuatu filem.

Ingat, kita tidak boleh sama sekali dengan mudah mengharamkan itu dan ini, nanti orang mengatakan Islam itu sempit. Tapi, sediakan alternatifnya. Bahawasanya di dunia ini, terlalu banyak perkara yang dihalalkan Allah berbanding perkara yang diharamkan. Berlapang dadalah kerana sesungguhnya Islam itu syumul, ringkas dan mudah. Wallahua'lam.

*saya insan biasa, andai tersalah tersilap tolong perbetulkan*

2 comments:

Whiteraven68 said...

Hmm.. memang setuju dengan jawapan Hafiz. Kita pergi sana tak bermaksud kita menyokong perbuatan mereka. Tapi kalau kita mmg dah sedia maklum tempat tu memang selalu orang buat maksiat, tak salah kalau kita nak elakkan. Cuma masalah menjatuhkan hukum halal haram ni sesuka hati yang masalah nya.. Saya sendiri pernah g wayang, tapi skang dah tahu tempat tu macam mana, malas dah. Tak batak pon dengar orang laen g wayng. Hmm..

Di pinggiran said...

Ntah..tak batak pun tgk kat situ..
Tgk kat laptop lg best..
Boley forward kan..
Boley rewind kan..
Boleh pause kan kalau ade org telefon..

Betul betul betul..
laptop lg bes dr wayang..

Powered By Blogger