Sunday, April 26, 2009
Saya minta maaf, encik semut..
Kami di kampung Umbai sedang dilanda krisis. Krisis serangan semut! Bunyi nampak pelik, tapi di kebanyakan rumah di Umbai telah ditawan semut.
Penat, sangat penat! Mana tidak, setiap kali kali kami sembur racun serangga, kemudian menyapu bangkai-bangkainya, tidak sampai 2 jam ia datang semula dan kembali memenuhi ruang tamu. Di mana-mana sahaja, hatta di Masjid pun semutlah antara yang 'mengimarahkan' masjid2 menjelang solat jemaah. Untuk makluman, sudah lebih setahun keadaan ini berlaku.
Saya merasakan hal ini ada kena-mengena rapat dengan aras air yang semakin naik (kebetulan kampung umbai memang di tepi laut letaknya). Umbai yang sepanjang saya hidup di dalamnya selama 20 tahun tidak pernah mengalami banjir. Tapi, Allah menetapkan, hujan lebat tempoh hari telah berjaya menyebabkan banjir!
Begini teorinya pada hemat saya. Semut-semut itu yang kebanyakannya merayap-rayap di kebun-kebun terpaksa naik 'beramai-ramai' dan menjadikan rumah orang lain sebagai sarang baru mereka. Jadi, saya tidak salahkan semut dalam hal ini, walaupun lantai teratak buruk saya di Umbai menjadi berhabuk gara-gara semut-semut ini. Saya salahkan diri sendiri dan umat manusia lainnya kerana menjadi punca pemanasan global ini!
Lalu, bila menyembur racun serangga di rumah, maka saya katakan, "maaf encik semut!"
*semut juga makhluk Tuhan.. salah kita kerana mengkhianati amanah Allah untuk mengurus bumi dan hasil mahsulnya dengan baik..Subhanallah, kita ini Khalifah yang khianat rupanya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
salam..
waah..semut menyerang??
ok ag la k0t..
kt sni lipas lak bermaharajalela.. =p
n kempen hapuskan lipas sdg giat dijalankan..
huhu..
tp bile bce ni..
mungkin slh kitorg gak k0t knp lipas2 ni kuar..
but let it be a secret..hehe!
kpd kipas2 yg da kne sembur~
"maaf encik lipas!!"
ye kot, mungkin salah korang gak kot. Mksud ku, mngkin keadaan tahap 'kekemasan' rumah kot..
Jgn ambik ati ya, pencinta-pencinta lipas =)
jadi sanye dose ke kalaw saje-saje bunuh semut.
Dengan terpaksa bunuh sebab dye menyerang rumah kite?
Maaf la kalaw soalan ni klaka..
*hahaha..mmg klaka pun..aq suke dgr soklan klakar=)
Tentang persoalan dosa ke tidak, tiadalah bernai hamba mengatakannya kerana itu semua urusan Yang Maha Esa..
Tapi, serangan semut ini sangat2 serius..kalau di masjid umbai misalnya, sampaikan ketika kita sujud pun dia boleh merayap..bila2 masa saja boleh masuk ke mulut barangkali..
*tapi kat masjid umbai dah kurang lah, ape yg diorg gune ha?
owh.. Hmmm...
Post a Comment