Sunday, May 24, 2009

Awas! Pandu Perlahan! Jerat di Hadapan!

Rundingan semula FTA Malaysia akan bermula Jun ini: Mustapa -bharian


KOTA BHARU: Rundingan semula Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan tiga negara luar termasuk Amerika Syarikat (AS), Australia dan New Zealand akan bermula pada pertengahan Jun ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata kementeriannya akan mengadakan satu pertemuan berasingan dengan ketiga-tiga negara itu bagi membincangkan hala tuju dan gambaran sebenar untuk memastikan proses merealisasikan FTA antara negara terbabit dengan Malaysia berjaya.

"Saya akan lihat semula kedudukan dan pendirian negara kita mengenai FTA ini dan akan memaklumkan perkara ini untuk dibincangkan dalam Kabinet.

"Saya juga menunggu mandat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengenai perkara ini," katanya selepas mesyuarat agensi-agensi Kementeriannya di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, James R Keith, Khamis lalu bahawa Malaysia kini berada pada landasan yang tepat untuk meneruskan rundingan pusingan baru FTA dengan AS, susulan pelaksanaan dasar liberalisasi yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia baru-baru ini.

Keith berkata, sejak rundingan tahun lalu, pentadbiran Barack Obama kini dalam proses untuk mengkaji semula aspek perjanjian dan akan menyegerakan pusingan rundingan baru dengan Malaysia pada kadar segera.

Bagaimanapun, katanya, kajian semula terhadap rundingan tiga tahun antara kedua-dua negara terpaksa ditangguhkan sehingga kajian itu selesai, sebaik lawatan perdagangan dan kewangan oleh Obama ke rantau Asia dimuktamadkan dan Pusingan Rundingan Doha dan rundingan serantau yang dijadualkan tahun ini.


* ha..ini terang-terang memang jerat

*nak kena jerat, pergi la masuk

*ini semua memang bukan kerja orang lain, ini semua memang kerja pemodal-pemodal antarabangsa yang berselindung di belakang US dan kuasa besar lain

*dah dah la tuh..cukup lah..cukuplah menipu negara dunia ke3

*dulu dasar penswastaan..sekarang ni FTA pulak!

*wowowoi..kalau nak jadi budak suruhan Amerika yang baru, luluskan lah FTA tu!

*wowowoi..kalau nak jadi kerbau kena cucuk hidung, hangpa sainlah FTA tu, harharhar!

*wowowoi..kalau nak jadi balaci-balaci setia, silakanlah!

*silakan! silakan! silakan!

No comments:

Powered By Blogger