Friday, May 1, 2009
Hai Ali..Sinis Sekali Jawapanmu..
Khutbah jumaat yang selama ini suram pengiisiannya dengan tajuk2 sama yang diulang-ulang, akhirnya berubah nada sejak kebelakangan ini. Khutbah yang sejujurnya saya katakan kadang-kadang bagai 'ubat tidur' mujarab bagi saya berubah pendekatannya. Satu perkembangan baik untuk penduduk Kampung Umbai.
Dan, khutbah tadi benar-benar menyentak fikiran saya. Otak saya yang barangkali hampir beku di musim cuti ini kembali bergerak berpusing berfikir. Isinya mengenai rasuah dan sikap rakyat terhadap pemimpin. Sesuatu yang benar-benar menarik yang saya kira barangkali sesuai untuk dikongsikan bersama rakan-rakan pelawat 'blog buruk kawe' ialah kisah zaman pemerintahan Saidina Ali RA. Ia bermula begini:
Seseorang telah datang kepada Saidina Ali, lalu bertanya: "Tuan, saya lihat suasana adalah amat aman di negara ini pada zaman Umar. Mengapakah negara huru-hara kacau bilau pada zaman Tuan memerintah?".
Maka, Saidina Ali kwh lantas menjawab: Pada zaman Umar, rakyat-rakyatnya ramai yang seperti aku. Tapi, pada zaman ku, rakyat-rakyatnya ramai yang seperti engkau.."
Kalian, lihat, sinis sekali jawapannya! Ringkas, tapi bisa menikam jauh ke sudut hati-hati kita!
Kita kadang-kadang terlupa, di saat kita sibuk menghentam pemimpin kita itu dan ini, kita mungkin terlupa sesuatu di sini. Sudahkah kita benar-benar melaksanakan amanah kita sebagai rakyat? Memang kehancuran di negara Islam adalah berpunca dari kelemahan dan kebobrokan sesetengah pemimpin, tapi, tahukah kita bahawa maksiat dan kejahilan merata-rata yang dilakukan oleh rakyat juga adalah penyebab murka Allah ke atas sesuatu negeri?
*hai, pemimpin, kami mengharapkan kalian untuk memimpin kami ke arah Allah.. Janganlah kalian abaikan amanah kalian atas kami..ingatlah bahawa jawatan itu satu nikmat pada permulaan, tapi satu beban yang lebih berat dari dunia dan seisinya pada akhirannya nanti.. wahai rakyat, taatilah pemimpin2 kalian selagi mana2 mereka membawa kalian ke arah Allah..tariklah tangan-tangan mereka jika kalian lihat mereka sudah mula membawa kalian ke arah kehancuran.. hai ummahku..ingat dan fikirkan ini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
assalamualaikum..
wah, bgus btol tulisan dan pndangan saudara ni.
aduh, sudahkan daku menjalankan tangungjwabku sbgi khalifah Allah dgn sebaeknye??hmm..
Tima kasih atas komen saudara. Barangkali semua kita tentu terfikir, "sudahkah ini kulaksanakan dengan amanah?"..
"Sesunggunya kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat ZALIM dan sangat BODOH" -Al-AHZAB:72-
Maka, renung-renungkanlah wahai semua..
Amanah..
Hmm..
Post a Comment