Malah, saya juga berkira-kira untuk mencari template baru bagi menghias blog yang serba kekurangan ini. Tapi, ini agak sukar kerana menukar template akan menyebabkan banyak widget2 akan dibuang sama. Sudahlah saya ini buta IT! Kahkah! Nantilah, saya tukar lain kali saja. (Kata adik saya, blog saya ini sangatlah buruk, walaupun ini sudah cukup ok bagi saya sebenarnya)Jadi, dengan keadaan sekarang, saya belum smpat memasukkan entry-entry pilihan. (ada yang tanya mengenai artikel tentang demokrasi dan Islam, insyaAllah akan saya cuba masukkan. Kepada yang ingin tahu dengan lebih lanjut, saya cadangkan untuk pergi ke mykhilafah.com. Di situ ada banyak artikel yang berguna dan diulas dengan besertakan dalil-dalil Al Quran dan hadis, bukan pandangan peribadi semata)
Buat sahabat-sahabat yang masih sudi menemani saya di sini, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Jazakallah! Saya ketemu ramai rakan-rakan menerusi perkongsian seperti ini. InsyaALLAH, semoga ukuwah kita terus berkekalan. Saya ini serba kekurangan. Malah, saya tidak layak mengulas berceloteh panjang-panjang di sini. Saya pun bukannya datang dari sekolah menengah agama atau Maahad atau sebagainya. (Sekolah agama rakyat ada la. Itupun Darjah 3 sampai 6 saja.) Dengan sedikit ilmu yang diperoleh dari pembacaan, kuliah-kuliah, dan percampuran dengan mereka-mereka yang bergiat dalam politik, saya berusaha menggarap isu-isu terpilih, tentang sosial, tentang politik, tentang Assabiyah, dan sebagainya, agar InsyaALLAH timbul kesedaran untuk kita merubah cara hidup dengan berhukum kepada hukum ala rimba kepada hukum dan cara Islam.
Janganlah kerana seseorang itu tidak mempunyai kelulusan yang tinggi, atau bukan datang dari sekolah pondok, atau kerana 'ekor serbannya' tidak cukup panjang barangkali, terus saja dilabel sebagai sesat, memandai-mandai dan bermacam-macam lagi tuduhan liar yang dilempar. Islam mengajar kita untuk melihat Dalil dan Fakta, terutama Al-Quran dan Hadis, sebagai neraca penilaian paling utama. Bukan sentimen-sentimen berlandaskan emosi dan kedengkian semata! Maka di situ fikirkanlah!
InsyaAllah, saya memohon kepada Allah agar ditetapkan hati ini terus ikhlas berjuang di jalan Allah. Semoga hati ini tidak disesatkan dengan pujian dan kutukan, serta segala macam ilusi-ilusi duniawi.
Akhir kata sekali lagi, terima kasih sebanyak-banyaknya dari saya! Nantikan yang terbaru, insyaALLAH..
*Ingat...!! Selagi seseorang itu di dalam kesedaran pancainderanya, jangan sekali-kali menyebut Ana Al-Haq "Akulah yang benar" atau "Akulah tuhan", samaada lisan mahupun di dalam hati. Kerana selagi ia manusia, ia bukanlah tuhan. Jika ia menyebut perkataan itu, maka ia adalah palsu dan bid'ah" -Abu Mansur Al-Hallaj
- Ini saya petik dari blog Encik Ampuan Awang. Tima kasih incik!
No comments:
Post a Comment