Assalamualaikum! Semoga Allah Merahmati Kalian! Saudara-saudari sidang pembaca mungkin ada yang terkejut, atau tertanya-tanya mengapa sejak akhir-akhir ini kebanyakan post saya seakan-akan berubah nada. Ya, saya akui sejak akhir-akhir ini ia jadi seperti seakan 'gila' sedikit! hahaha..itu betul, itu betul! saya akui!
Tujuan saya adalah hanya kerana saya ingin cuba menulis dengan cara yang berlainan sedikit. Kadangkala, bahasa-bahasa skema amatlah bosan untuk kita membacanya, kecuali untuk penulis yang benar-benar mantap dalam penulisan. Saya harap saudara-saudari yang dikasihi sekalian berasa selesa dengan cara santai sedemikian ini, insyaAllah..
Tapi, dalam kegilaan itu, mesej yang cuba disampaikan haruslah cuba difahami ya. Kalau tidak, tiada gunalah saya menulis kalau sekadar untuk membuat lwak-lawak bodoh sahaja, betul?
Oh, ya, saya hampir lupa. Saudara-saudari bisa saja untuk memberi sebarang komen atau kritikan pada apa yang ditulis. Sekurang-kurangnya saya tahu kalian membacanya (cam kenal saja ayat nih=) Maklum, saya hanya ini Hamba. Tiada apa yang saya ada. Kesalahan itu perkara biasa yang saya lakukan. Kepada Allah saya memohon moga diteguhkan hati agar tetap di jalanNya, insyaALLAH. Begitu juga doa saya untuk kalian, sahabat-sahabat semua! :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment