Friday, May 22, 2009

Cis! Mereka Itu

Politik wang
Politikus usang
Tukang sogok wang
Penerima wang haram
Pengadu domba gampang
Pengamal ajaran songsang

Kesemua mereka sama!
Punya agenda terpelihara
Cuma sinopsis saja berbeza
Ahh! Mereka takkan berhenti
selagi nyawa belum dijemput
Maka telanlah
Suaplah pada mereka
Mereka takkan menolak bangkai

Kuasa mereka terjaga
Sumbernya takkan putus
dan takkan pernah surut
Kautlah sepuasnya
Ini pentasmu
Agungkanlah kebesaran itu...
Biarkan bising yang membingitkan telinga terus bergema
Engkau sudah berjaya
tapi ingat...
Kita akan bertemu semula di sana
Di hari perhitungan manusia
Hari penentu syurga atau neraka
Nantikanlah...

Semoga manusia lain tiada terikut perangai keenam kamu
berhati keras umpama batu
Tak kira cerah atau mendung kelabu
Senyummu tetap menguntum
walaupun beribu sumpah memaki hamun padamu!
Berbanggalah
Engkau semua memang hebat!
Tahniah...


Oleh: Ampuan Awang @ Sharif NurulMubin
Ya Allah, Jauhkan Diriku Dari 6 Sifat Di Atas...
20 Mei 2009

No comments: