Monday, April 27, 2009

Janganlah Ejek Diri Sendiri!


Baru-baru ini sewaktu musim cuti, saya menjamu selera di gerai 'Burger Bundle' di Seksyen7. Sepinggan Nasi Goreng Udang dan Air Bandung Muar berharga RM6.60! Nafas saya turun naik sewaktu membayarnya.. Namun, bukan soal harga yang ingin saya tuliskan di sini. Tapi, ada sesuatu yang lebih menarik untuk tatapan kita kali ini.

Lama menunggu, maka saya alihkan perhatian ke arah TV3 yang sedang menyiarkan sebuah cerita yang amat saya kurang gemar lihat sejak saya kecil lagi. Cerita Pontianak (saya kurang ingat pontianak apa nama ceritanya). Namun, disebabkan lama menunggu tempahan yang tidak siap-siap, maka saya bersama kawan-kawan nonton jugalah ceritanya.

Dalam cerita itu, watak seorang Lebai Tua adalah Heronya. Cerita itu bermula apabila seorang wanita yang dibunuh di kampung itu menjelma menjadi pontianak dan mengamuk di kampung itu.Maka orang ramai bertanya sang Lebai, "Apakah itu sebenarnya?".

Seterusnya, jawapan sang Lebai Tua itu yang menjadi perhatian saya, "Roh perempuan tua itu tidak aman.. maka, rohnya menjelma menjadi pontianak untuk membalas dendam..".

Maka terbahak-bahak sehingga hampir terburailah usus kami mendengarkan hujahan Tok Lebai itu! Kita tahu, Lebai ialah gelaran terhormat yang diberikan oleh penduduk kampung kepada mereka yang tinggi ilmu agamanya. Tapi dapat kita lihat betapa jahilnya lebai yang dipaparkan di TV3 tadi. Walaupun kepalanya ditutupi kopiah, tapi rasanya akal beliau turut tertutup dengan tutupan pemikiran songsang masyarakat yang tidak bertamadun.

Tidak pernah ada satu dalil hadis atau Al-Quran pun yang pernah mengatakan bahawa roh seseorang itu boleh bertukar menjelma menjadi pontianak dan seterusnya pergi menyerang kampung untuk membalas dendam. Hujah apa yang mereka gunakan? Kitab mana yang mereka rujuk? Saya rasa soalan yang paling sesuai ialah, "Bomoh mana kau tanya?". Pemikiran jenis bebal apa ini?

Mungkin akan ada antara kita yang berkata, "kenapa kita perlu sibuk-sibuk, itukan cerita saja..". Saya bukan hendak menyibuk atau buat-buat sibuk dengan hal ini. Rasanya saya sudah cukup sibuk di sini. Tapi, ingin saya ingatkan di sini bahawa orang ramai terutamanya yang bukan Islam turut menonton rancangan-rancangan seperti ini. Sudah tentu akan menimbulkan persoalan di hati mereka tentang ini. Mereka mungkin bertanya adakah Islam ini sebuah agama mistik yang ada mengajar penganutnya bagaimana cara-cara melawan Pontianak atau erti kata lain, 'roh yang tak aman'. Maka di situ salah tanggapan tentang Islam sudah berlaku!

Malahan, cerita Pontianak itu turut menampakkan dan menonjolkan watak Lebai yang sangat dihormati di kalangan masyarakat kita menjadi seperti seorang tua nyanyuk yang berperanan serupa bomoh yang tahu berperang dengan hantu tetapi cetek ilmu agamanya. Pandai sembur ke kanan dan ke kiri untuk menghalau pontianak, tapi bila ditanya tentang asal-usulnya pontianak yang datang membunuh di kampung itu, maka dijawabnya dengan jawapan sasau sedemikian rupa. Generasi muda terpelajar mungkin akan menyangka bahawa inilah wajah sebenar Tok Lebai. Sedangkan kita tahu bahawa Lebai-lebailah antara golongan mulia yang mengembangkan dan mempertahankan institusi Islam di negara kita. Adalah amat menghinakan apabila kita mengambarkan watak Lebai sedemikian rupa.

Kita tahu bahawa dalam menjelaskan tentang soal makhluk halus ini, telah Allah ingatkan pada kita bahawa ia hanyalah syaitan. Dan syaitan itu tugasnya menyesatkan anak Adam. Jadi, mengatakan Pontianak itu asalnya dari roh yang tidak aman seolah-olah seperti menafikan apa yang telah diajar oleh Allah dan KekasihNya, Muhammad SAW. Di situ kita sudah berjaya disesatkan. Ya, itu hanya cerita! Tapi filem kita mencerminkan pemikiran kita. Adalah sangat pelik di zaman moden ini bila kita lihat masih ada antara kita yang berfikiran seperti ini. Seolah-olah seperti semua perkara akan dikaitkan dengan hantu. Sakit perut pun hantu, demam panas pun hantu, hatta tertelan tulang ikan pun dikatanya pelesit yang ganggu.

Bukankah selama ini kita lantang berdemonstrasi membantah apabila orang menghina agama kita yang suci ini? Tetapi mengapa kita mengejek agama kita sendiri? Jadi, meminjam kata-kata Dr Asri bin Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis (bukan Wahhabi ya, jangan silap), "Kalau tak suka dihina, janganlah menghina diri sendiri!".

4 comments:

mAma PinGu said...

salam.

heee,
nak kongsi sikit kalau boleh la, hari tu ada seminar perubatan islam yang ada lah aku pegi kan,
memang menarik, dan seminar nih dianjurkan oleh seorang anak murid tok guru harun din.

dunia ni bukan manusia je yang ada, ada jin juga,cuma kita tak nampak jin,n jin nampak kita,cuma akhirat nti kita nampak jin n jin tak nampak kita,
kadang-kadang memang sakit-sakit nih adalah disebabkan jin, (bukan nak bagi ajaran sesat,tapi ni berdasarkan dari seminar perubatan islam hari tu la)

jin ni boleh masuk dalam badan manusia dan menyekat fungsi-fungsi normal sistem badan manusia,and jangan terkejut kalau kadang-kadang kanser or whatever penyakit yang ada pun disebabkan jin.

aku bukanlah nak buat cerita tahyul tapi kadang-kadang bila aku cerita kat member aku yang tak pergi seminar nih,diorang macam gelakkan plak aku,tak maw percaya pon ada,

errrr,sebenarnya aku tak ada motif,tapi bila baca part demam pon disebabkan hantu,itu ada kemungkinan gak,hantu ngan jin tu adik beradik la tu. diorang memang ada penyakit suka sakat orang kot,hurm,lebih kurang la,apa-apa pun kalau ada orang anjurkan seminar perubatan islam sila lah join, beside jadik medical student kita taw ilmu lain gak yang lebih berteraskan islam,two in one,ngeee(ini bukan bomoh ye,hahaha)

all the best dude,selalu-selalu la tulis pasal perkembangan negara,ada golongan luar negara yang tak taw pon malaysia meleset teruk gak sekarang nih,hahha(ye ke meleset,mak ak la cakap.)

aku tukang baca blog kamu,(sorry bebel panjang2)

Di pinggiran said...

ha..x pe bebel pnjg2.. aq mmg suke dgr org bebel2 nih=)

Ya, mmg ada kmungkinan. malah, sejujurnya sewaktu tingkatan 1, saya sendiri pernah mengalami perkara seperti ini.. cume yg ingin dibidas di sini ialah sikap tergopoh-gapah sesetengah pihak yg beranggapan semua perkara adalah disebabkan hantu.. hantu, hantu dan hantu.. Dunia mereka dipenuhi dgn kepercayaan karut marut bhawa penunggu ini dan itu perlu diberi makan atau sembahan untuk mengelakkan mereka marah.. Bila sakit sahaja, terus tok bomoh yang dicari..

Haha..hantu pun tension barangkali bila semua perkara disalahkan pada dia.. "aku tak wat pape pun, depa salahkan aq jgk.." mungkin luahan kata hantu2.. andai kata hantu2 boleh berdemonstrasi, barangkali mereka sudah lakukannya..=)

Whiteraven68 said...

owh.. memang, tak suka. tertgok pon sebab adek-adek tengok.
Nak marah kang kate kakak membebel.

Cerita keliwon tu memang da banyak menyimpang dah dari agama.
Tgok la sape producer nye..

Bomoh pakai telekung, nasihatkan orang pasal agama.
tapi rupenye dye sendiri bela hantu.
ape la.
Geram pun ade,
Tapi ak stakat bole cakap la.
Bagitaw adek2 bole la.

hmmm..

Di pinggiran said...

ha..adik kawe lpas tgk keliwon, takut saja ke bilik air sorang2..

Bdk2 kecil, kalau dari kecil di ajar utk takut pada hantu, bukan pd ALLAH, maka generasi khurafat akan makin bercambah biak dlm masyarakat..

*kawe tok bagi doh adk2 nengok citer hantu..

Powered By Blogger