Monday, May 4, 2009

Prinsip RM50 dan Kain Batik



Terbaca keratan akhbar minggu-minggu kebelakangan ini, terlihat akan saya satu berita hangat yang diperkatakan. Khabarnya, akan ada pilihanraya Dun Penanti tidak lama lagi. Pilihanraya lagi?

Ya! Pilihanraya lagi! Kali ini di Pulau-Pinang. Selepas rakyat letih dengan pilihanraya ‘Dua Bukit’ baru-baru ini, mereka dikejutkan lagi kali ini. Tiba-tiba, muncul beberapa pemimpin kita berkata bahawa calon partinya mungkin tidak bertanding kerana kos yang tinggi, lebih-lebih lagi di musim suramnya ekonomi global.

Tidak bertanding? Kerana kos yang tinggi? Saya mengalamun sebentar bila mendengar apa yang dikatakan beliau. Benar, saya sangat menyokong pandangan sedemikian. Akan tetapi, sejujurnya, bukankah pilihanraya itu boleh dikurangkan kosnya? Itulah sebab saya hampir ketawa sampai berair mata bila mendengarkannya. Kerana apa? Kerana pilihanraya itu jadi tinggi kosnya disebabkan tabiat orang-orang Malaysia berkempen!

Pembangkang atau Kerajaan, budaya politik Malaysia memang tidak matang-matang dari dulu sampai sekarang. Bukanlah saya katakan saya ini sangat matang orangnya ( umur pun baru 20. Dah baligh da pun), tapi sebagai antara insan kerdil yang lemah lagi jahil yang memang dari dahulu duduk di pinggir-pinggiran memerhatikan badai politik di Malaysia, apalah salah kiranya kalian izinkan saya mengulas tentang ini.Dan bukanlah juga saya ini seorang ahli politik ataupun orang yang sibuk berkempen sana-sini untuk mana-mana parti (ada pihak yang melabelkan saya sebagai aktivis politik, satu perkara yang amat kelakar, tapi saya tahu mereka hanya bergurau=)

Berbalik kepada tadi (jauhnya tersesat), mengapa saya katakan budaya berpolitik di Malaysia tidak matang-matang? Ini kerana adanya budaya ‘Kain Batik dan Not RM50’. BUdaya inilah yang saya kira menjadi penyebab mengapa kos pilihanraya kecil sangat tinggi di Malysia. (Hei..pilihanraya kecil je beb.. Takkan PR kecil pun kos dia boleh smpai berpuluh-puluh juta!)

Ramai yang sukakan kain batik dan kalau ditanya tentang not RM 50, tentu besinar-sinar sahaja mata. Orang gila pun gembira kalau diberikan RM 50! (tapi mungkin mereka tak tahu nilainya lebih-lebih lagi kepada penduduk-penduduk kampung yang miskin). Tapi, kalaulah saya tanyakan di sini, apa itu budaya ‘Kain Batik dan Not RM50’, bolehkah rakan-rakan yang dikasihi sekalian dapat menjawabnya? Apa pula kaitannya kain batik dengan RM 50? Kenapa tiba-tiba kain batik? Ataupun saya ini sudah sasau selepas kemalangan baru-baru ini? (tak tahu eh? Nanti le saya cerita kalau ada yg sudi mendengar..ish,ish..)

Pernah atau tidak kalian mendengar kisah yang akan saya ceritakan ini, kenyataanya ianya memang berlaku. Bila tibanya musim-musim pilihanraya kecil, antara orang-orang yang akan diberikan tumpuan ialah insan-insan yang kita panggil sebagai ‘Pengundi Atas Pagar’. Mereka ini akan dilayan dan diampu bagai menatang minyak yang penuh. (apa? Ingat pemimpin je ke yang diampu?hahaha..). Segala permintaan akan dituruti. Mahukan jalan bertar yang baru? Nah! Tidak sampai 24 jam sudah diluluskan. Itu belum lagi ditambah dengan ‘Projek-projek Mi Segera’ lain yang dijanjikan. (padahal kawan tu dah hampir bertahun-tahun perjuangkan untuk dapat jalan baru..)

Pada waktu inilah akan munculnya sekelompok manusia yang akan bergerak dari rumah ke rumah di kampung-kampung, melawat dan mengagihkan kain-kain batik dan RM 50 buat penghuni-penghuni rumah yang dilawati. Pertanyaan-pertanyaan ‘prihatin’ yang indah-indah akan didengar. “Pak Cik sehat? Anak-anak dah makan? Pak Cik sakit apa nih? Sudah lama kaa?” adalah pertanyaan yang biasa didengar ketika musim-musim ini. Sejuk rasa hati Pak Cik itu mendengarnya. Sangkanya, selepas bertahun-tahun hidup miskin lagi terpinggir, akhirnya ada juga yang datang bertanya khabar, walaupun selalunya 4 tahun sekali saja mereka datang. Barangkali Pak Cik tua itu juga sudah dapat mengagak, penghabis ayat tanya mereka pasti akan berbunyi begini, “Nanti Pak Cik jangan lupa pangkah calon dari Parti *****************, ya?”. Selepas itu, lesap tanpa khabar berita mahupun panggilan telefon bertanyakan khabar (mungkin sebab rumah Pak Cik tak ada telefon kot, kata saya sebelum saya dihambat dengan tongkat oleh Pak Cik itu!).

Bagi penduduk Bandar, apalah sangat nilai RM 50 dan kain batik itu. Lebih-lebih lagi di tengah-tengah kemelesetan era ekonomi songsang kapitalis, nilai RM 50 itu seumpama sehelai kertas yang bernombor sahaja. Tapi, bagi penduduk kampung yang susah, nilai RM 50 dan kain batik itu umpama satu hadiah yang terlalu sangat-sangat bernilai. Seolah-olah laksana tuah yang jatuh dari langit. Apatah lagi dengan kejahilan ilmu agama yang diwarisi bersama kepapaan dari generasi ke generasi, kain batik dan RM 50 itulah nilai prinsip dan undi mereka yang boleh dibeli dengan mudah!

Ini kisah benar. Saya tidak katakan atau tujukan ini kepada mana-mana pihak. Malahan telah berulang kali saya menegaskan bahawa neraca hukum Agama bukan dilihat pada siapa pelakunya atau apa jawatannya atau apa partinya, tapi Agama itu neracanya Al-Quran dan Sunnah. Jadi saya yang jahil ini akan menegur diri saya sendiri dan mana-mana pihak yang berprinsip ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ ini. Tidak kira dari Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Jadi tidak timbul isu saya ini penyokong Parti ********* atau sesiapa yang sewaktu dengannya.

Itu belum lagi cerita bilamana sebuah keluarga telah dihadiahkan dengan perabot, kemudian setelah calon dari parti tersebut kalah, ditariknya balik perabot tersebut. Perangai buruk siku ini siapa yang ajar? Atau bagaimana kalau saya ceritakan lagi tentang upah memasang poster dan mengoyakkan poster calon lawan yang boleh mencecah RM 20 bagi sehelai poster? Ini cerita benar! Cerita betul! Bukan duuugaaaaaan...(bak kata Pendekar Mustar dalam cerita Pendekar Bujang Lapok). Maka kalau beginilah cara berkempen, adalah bukan perkara memeranjatkan kalau dikatakan kos satu pilihanraya kecil boleh mencecah berpuluh-puluh juta ringgit dan sehingga satu masa, boleh mencapai billion! Gila benar cara berpolitik di Malaysia!

Saya rasa kita perlu balik dan berfikir tentang kepimpinan Islam yang sebenarnya. Demokrasi terpimpin konon kata mereka! Adalah sangat pelik kalau ada insan yang mengatakan demokrasi ala Barat yang sibuk diperjuangkan itu adalah berlandaskan Islam. Poooorah!! Tahukah mereka bahawa sebenarnya demokrasi itu asasnya adalah sangat bertentangan dengan Islam. Ya, sangat bertentangan. Akan saya jelaskan kemudian andai berkesempatan. Apa yang penting, kita perlu mengubah cara kita berpolitik demi kesejahteraan umat. “Ubah macamana? Saudara ni hanya pandai berretorik sahaja. Ubah, ubah, dan ubah. Itu saja yang dikatanya. Apa yang perlu dilakukan untuk mengubah?” kata sesetengah ‘kawan’ kepada saya. Nanti, sabar. Perkara ini akan diulas di waktu lain. Manalah muat untuk saya tulis semua di sini. Kalau panjang sangat, nanti rakan-rakan saya yang dikasihi ini akan bosan membacanya. Betul?

“Jadi, adik nak ke tidak kain batik dengan RM50 ni..ikhlas abang bagi nih,” sambil tangannya menghulurkan poster kempen. Aiii....kain batik lagi...



*amanah memerintah apabila jadi bahan dagangan, maka celarulah jadinya..

12 comments:

muhammad syafiq said...

salam ziarah, spe ni.. mekseyh sudi sggh ma blog :)

Nor Aizat Rahimi B Rostam Rahimi said...

salam..
hee...no komen..
(tp ni lah hakikatnya politik zman skrg)..
dalam blog ust abdullah zaik byk upas pasal ni gk.. tgk2la...

Di pinggiran said...

Wah..tima kasih atas link yg berguna nih..masyaAllah..

muhammad syafiq said...

salam ukhwah kembali..
ohh..
uitm,medic..
proud2..
mgkn knl dgn nur adibah shaharul..

ideologi politic hr ini berusaha utk memisahkan fikrah ulama dan profesional..

alangkh indahnya jika dua fikrah itu bergabung dan membentuk satu gagasan yg ulung :)

Di pinggiran said...

Sangatlah kawe bersetuju..serta sangatlah kawe gembira kerana baru sahaja memperoleh seorang sahabat lagi untuk kita kongsi-kongsikan pndapat.. Makanya wajiblah untuk kita menguburkan terus ideologi sekular dan kapitalis ini dari corak hidup dan gaya pemerintahan di Malaysia.. Dan caranya haruslah tepat serta lurus pada jalan yang dianjur oleh Rasul Junjungan.. inilah apa yang dipanggil sbagai manhanj nabawiyyah..

hakimahhh said...

uiks panjangnya.

neway tertarik dgn cara kempen ahmadinejad sebelum beliau dilantik jadi presiden.
byk buku pasal ahmadinejad yg besttt. heehe.

muhammad syafiq said...

huhu..
didoakn semoga saudara menjadi salah seorg ulama' profesional pd masa akn dtg..
ohh ya, mggu lps, hr khms..bru je pg kelantan, untuk kali kedua utk kesekian kalinya dlm hidup..
mkn budu 2 kali pd hr yg sme..hehe..
ad dilampirkan di blog, men cr jln pulang~

Di pinggiran said...

Ahmadinejad? Salah seorang pemimpin Islam yang bersikap tegas dalam berurusan dgn kuffar Amerika dan Rakan sekutunya! Itu kualiti plg penting perlu ada bilamana kita berhadapan dgn golongan-golongan terkutuk itu! Harapan kawe agar perjuangan menegakkan khilafah ada dalam agenda perjuangan beliau, insyaAllah..

Di pinggiran said...

Tima kasih sudi mlawat blog buruk kawe ye saudara muhd syfq.. wah..jauh bermusafir utk ilmu..smpai ke klantan..=)

*kawe pun akn ke klantan mnggu dpan..

Whiteraven68 said...

hua.. jadi kawan rapat plak korang niy..
Suke artikel ni..!
Hmm.. walaupun ak tak pandai sangat menilai politik.
Teruskan post macam ni,
tapi kesian yang kene tarik perabut tu,
Buruk sikunye..

Di pinggiran said...

kesian kesian kesian...(sbut dgn gaye upin ipin)
:)

hakimahhh. said...

inshaAllah.

eh hafiz, sempat tk baca dr maza pny artikel pasal bebaskan institusi fatwa?

Powered By Blogger